Mengkonfigurasikan Tetapan Pengguna Cetakan Universal
Konfigurasikan tetapan ini jika anda mahu menguruskan pengguna yang disahkan melalui Pengesahan Pengguna dan kerja Cetakan Universal yang dikaitkan dengan mereka. Cetakan Universal masih boleh dijalankan tanpa mengkonfigurasikan tetapan ini.
Ditetapkan oleh Pengguna
1
Mulakan UI Kawalan Jauh.
Memulakan UI Kawalan Jauh2
Klik [Settings/Registration] pada halaman portal.
Tetapan UI Kawalan Jauh3
Klik [User Management]
[Authentication Management].
4
Masukkan [User Name for Universal Print:] dalam [Information for Universal Print].
Dalam [User Name for Universal Print:], masukkan alamat e-mel atau nombor telefon yang digunakan dalam akaun Microsoft 365.
Ditetapkan oleh Pentadbir
1
Mulakan UI Kawalan Jauh.
Memulakan UI Kawalan Jauh2
Klik [Settings/Registration] pada halaman portal.
Tetapan UI Kawalan Jauh3
Klik [User Management]
[Authentication Management].
4
Klik [Edit] untuk pengguna ditetapkan.
Jika pengguna Cetakan Universal tidak didaftarkan
Klik [Add User] dan daftarkan maklumat pengguna. Apabila mendaftarkan maklumat pengguna, masukkan [User Name for Universal Print:] [Information for Universal Print].
5
Masukkan [User Name for Universal Print:] dalam [Information for Universal Print].
Dalam [User Name for Universal Print:], masukkan alamat e-mel atau nombor telefon yang digunakan dalam akaun Microsoft 365.
6
Klik [Update].
Ditetapkan oleh Pentadbir Menggunakan Fail CSV
Anda boleh mengaitkan pengguna Pengesahan Pengguna dan akaun Microsoft 365 dengan mengedit fail CSV.
1
Mulakan UI Kawalan Jauh.
Memulakan UI Kawalan Jauh2
Klik [Settings/Registration] pada halaman portal.
Tetapan UI Kawalan Jauh3
Klik [User Management]
[Authentication Management]
[Settings for Universal Print].
4
Klik [Start Exporting].
Jika tiada maklumat pengguna yang dikaitkan dengan akaun Microsoft 365, anda tidak boleh mengkonfigurasikan tetapan menggunakan fail CSV. Klik [Add Association...], tambahkan pengguna yang berkaitan dan kemudian klik [Start Exporting].
5
Mengedit fail CSV yang dieksport
Masukkan nama pengguna berdaftar dalam “mcp_uid”.
Dalam “azureaccount_name”, masukkan alamat e-mel atau nombor telefon yang digunakan dalam akaun Microsoft 365.
6
Klik [Import] dan tentukan fail yang diedit dalam langkah 5.
7
Klik [Start Importing].