Jika Mesin Tidak Beroperasi
Jika masalah berlaku semasa anda menggunakan mesin, semak perkara berikut sebelum menghubungi wakil penjual atau wakil servis anda.
Periksa Ini Terlebih Dahulu
Adakah mesej dipaparkan pada skrin?
Adakah (Jimat Tenaga) menyala?
Jika ia menyala, tekan
(Jimat Tenaga) untuk membatalkan mod Tidur.
Adakah mesin disambungkan kepada komputer dengan betul?
Jika mesin tidak memberikan respons kepada operasi komputer
Hidupkan semula mesin.
Jika mesin tidak memberikan respons walaupun kuasanya DIHIDUPKAN, MATIKAN kuasanya (
MEMATIKAN Mesin). Sahkan bahawa kabel kuasa disambungkan dengan betul, tunggu 10 saat atau lebih selepas kuasa utama DIMATIKAN dan kemudian HIDUPKAN kuasa semula (
MENGHIDUPKAN Mesin).
Semak jika pemacu dipasang dengan betul.
Semak jika alamat IP mesin adalah betul.
Apabila skrin pengesahan (skrin log masuk) dipaparkan
Log masuk sebagai pengguna berdaftar.
Apabila skrin pengesahan (skrin log masuk) dipaparkan, anda mesti log masuk sebagai pengguna berdaftar untuk terus mengendalikan mesin.
Log masuk ke dalam Mesin