Memuatkan Kertas Pracetak

Apabila anda memuatkan kertas yang telah dipracetak dengan logo, perhatikan orientasi kertas tanpa mengira sama ada anda menggunakan laci kertas atau dulang pelbagai guna. Muatkan kertas dengan betul agar pencetakan dilakukan pada bahagian yang sama seperti logo.
 
Seksyen ini menerangkan cara untuk memuatkan kertas yang dipracetak dengan orientasi yang betul. Untuk penerangan tentang prosedur umum untuk memuatkan kertas di dalam laci kertas atau dulang pelbagai guna, lihat Kaedah Asas Memuatkan Kertas.
Kaedah untuk memuatkan kertas jika [Use as Template Paper] dipilih dalam [Paper Type Management Settings] atau <Keutamaan Muka Pencetakan> dipilih dalam <Tukar Kaedah Suapan Kertas>
Laci kertas Unit Utama/Paper Feeder PF-L: bahagian muka dengan logo menghadap ke bawah
Dulang Pelbagai Guna: bahagian muka yang berlogo menghadap ke atas

Memuatkan Kertas yang Mempunyai Logo di dalam Laci Kertas

Kaedah memuat berbeza bergantung pada sama ada orientasi kertas bercetak logo itu potret atau landskap. Muatkan kertas yang mempunyai bahagian bercetak logo (bahagian untuk cetak) menghadap ke atas, seperti yang ditunjukkan di dalam ilustrasi berikut.
Kertas orientasi potret
 
Hasil cetakan
 
 
 
 
 
 
Kertas orientasi landskap
 
Hasil cetakan
 
 
 

Memuatkan Kertas yang Mempunyai Logo di dalam Dulang Pelbagai Guna

Kaedah memuat berbeza bergantung pada sama ada orientasi kertas bercetak logo itu potret atau landskap. Muatkan kertas yang mempunyai bahagian bercetak logo (bahagian untuk cetak) menghadap ke bawah, seperti yang ditunjukkan di dalam ilustrasi berikut.
Kertas orientasi potret
 
Hasil cetakan
 
 
 
 
 
 
Kertas orientasi landskap
 
Hasil cetakan
 
 
 
AL8Y-00X