Menguruskan Mesin daripada Komputer (UI Kawalan Jauh)

Anda boleh mengendalikan mesin dari jauh dengan menggunakan pelayar Web komputer anda untuk melakukan operasi seperti menyemak status cetakan atau mengubah tetapan mesin. Ciri mudah ini membolehkan anda terus berada di meja anda semasa mengendalikan mesin. Untuk melakukan operasi jarak jauh, masukkan alamat IP mesin dalam pelayar Web anda dan buka halaman portal UI Kawalan Jauh. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai keperluan sistem bagi UI Kawalan Jauh, lihat Spesifikasi Sistem.
Cara Menggunakan UI Kawalan Jauh
Bahagian ini menghuraikan prosedur log masuk UI Kawalan Jauh dan ciri skrin utama UI Kawalan Jauh.
 
Menyemak Status Dokumen Menunggu dan Mesin
Bahagian ini menghuraikan cara menyemak status dokumen yang dicetak, serta maklumat ralat dan bilangan kertas yang tinggal.
 
Fungsi Lain yang Tersedia Apabila Menggunakan UI Kawalan Jauh
Bahagian ini menerangkan pelbagai fungsi mudah lain yang boleh dilakukan melalui komputer dengan menggunakan UI Kawalan Jauh, seperti menyandarkan tetapan mesin sekiranya diperlukan.
 
Jangan akses laman web lain apabila pelayar mengakses UI Kawalan Jauh pencetak anda. Jangan lupa untuk menutup pelayar web jika anda berada jauh dari komputer atau selepas anda selesai menukar tetapan.
Apabila menggunakan pelayan proksi
Anda tidak boleh mencapai mesin melalui pelayan proksi. Jika pelayan proksi digunakan dalam persekitaran anda, konfigurasikan pelayar Web anda untuk memintas pelayan proksi dan mencapai mesin secara langsung.
AL8Y-066