Memulakan UI Kawalan Jauh

Untuk memulakan UI Kawalan Jauh, masukkan alamat IP mesin ke dalam pelayar Web anda. Semak alamat IP yang dikonfigurasikan untuk mesin sebelum melakukan operasi ini. Menetapkan Alamat IP
Atas sebab keselamatan, anda tidak boleh log masuk ke UI Kawalan Jauh menggunakan kata laluan lalai (7654321) bagi pengguna Pentadbir. Log masuk ke UI Kawalan Jauh selepas menukar kata laluan pengguna Pentadbir daripada panel kawalan. Kata laluan baharu mestilah lapan aksara atau lebih panjang.
<Tetapkan> <Tetapan Pengurusan> <Pengurusan Pengguna> <Pengurusan Pengesahan> <Tetapkan Kata Laluan Pentadbir> tukar kata laluan untuk "Administrator"
Pastikan yang anda tidak lupa kata laluan anda. Jika anda terlupa kata laluan anda, hubungi wakil penjual atau wakil servis anda.
Apabila mesin dan pelayan Direktori Aktif ditetapkan sebagai peranti pengesahan pengguna (Mengkonfigurasikan Kaedah Log Masuk Pengguna dan Peranti Pengesahan), tetapan masa pelayan Direktori Aktif perlu sepadan dengan mesin.
Menggunakan penyulitan TLS untuk komunikasi
Apabila anda mahu menyulitkan komunikasi UI Kawalan Jauh, konfigurasikan kekunci dan sijil TLS (Mengkonfigurasi Kunci dan Sijil bagi TLS), pergi kepada <Tetapan UI Kawalan Jauh> tetapan (<Tetapan UI Kawalan Jauh>) dan tetapkan <Guna TLS> kepada <Aktif>, kemudian MATIKAN dan HIDUPKAN mesin semula.
Log masuk ke dalam UI Kawalan Jauh dengan menggunakan kata laluan lalai pengguna Pentadbir
Anda juga boleh menetapkan untuk membenarkan log masuk ke dalam UI Kawalan Jauh dengan menggunakan kata laluan lalai pengguna Pentadbir. Menetapkan Dasar Kata Laluan

Memulakan UI Kawalan Jauh

1
Mulakan pelayar Web.
2
Masukkan alamat IP mesin dan tekan kekunci [ENTER] pada papan kekunci komputer.
Masukkan “http://<alamat IP mesin>/” dalam medan kemasukan alamat.
Apabila menggunakan alamat IPv6, sertakan bahagian alamat IP dalam tanda kurungan ([ ]) (Contoh: http://[fe80:2e9e:fcff:fe4e:dbce]/).
Jika UI Kawalan Jauh tidak boleh dihidupkan
Jika skrin log masuk tidak dipaparkan dalam langkah 3 prosedur ini, kosongkan cache pelayar Web dan masukkan alamat IP sekali lagi.
Jika mesej berkaitan dengan keselamatan dipaparkan
Mesej amaran mungkin dipaparkan jika komunikasi UI Kawalan Jauh disulitkan. Jika tiada masalah dengan sijil atau tetapan TLS, anda boleh terus menggunakan pelayar Web.
3
Log masuk kepada UI Kawalan Jauh.
Masukkan nama pengguna dan kata laluan yang didaftarkan dalam [User Name] dan [Password], pilih destinasi log masuk dalam [Login Destination] dan klik [Log In].
Jika [Log In (Guest)] dipaparkan, pengguna tidak berdaftar boleh mengklik butang ini dan log masuk sebagai pengguna umum.
Dengan beberapa tetapan pengesahan pengguna, UI Kawalan Jauh boleh melangkau skrin log masuk dan memaparkan skrin utama (halaman portal) secara terus. Tetapan UI Kawalan Jauh
Jika pengesahan dua faktor didayakan
4
Semak bahawa halaman portal UI Kawalan Jauh dipaparkan. Tetapan UI Kawalan Jauh
Apabila menggunakan UI Kawalan Jauh untuk mengendalikan mesin, jangan gunakan butang [Back] pelayar Web. Halaman mungkin tidak akan berubah dengan betul jika anda menggunakan butang [Back].

Menetapkan Masa Tamat selepas Log Masuk ke dalam UI Kawalan Jauh

Pengguna log keluar secara automatik jika tiada operasi yang dilakukan untuk jangka masa tertentu selepas log masuk ke dalam UI Kawalan Jauh. Anda boleh menetapkan masa sehingga pengguna log keluar.
Mulakan UI Kawalan Jauh [Settings/Registration] [Network Settings] [Session Settings] [Timeout After Logging in to Remote UI] tetapkan masa tamat selepas log masuk [OK]

Tetapan UI Kawalan Jauh

Halaman portal yang ditunjukkan di bawah dipaparkan apabila anda log masuk ke dalam UI Kawalan Jauh. Bahagian ini menghuraikan item yang dipaparkan pada halaman portal dan operasi asas.
Sesetengah item dan fungsi paparan hanya tersedia jika anda log masuk dengan keutamaan Pentadbir.
Jika pelbagai pengguna mengendalikan UI Kawalan Jauh pada masa yang sama atau panel kawalan mesin dikendalikan pada masa yang sama dengan UI Kawalan Jauh, operasi terakhir yang dilakukan adalah berkesan.

Maklumat peranti

Status mesin semasa dipaparkan, bersama dengan maklumat tentang ralat, bahan kegunaan dan sebagainya.

Bahasa paparan

Anda boleh menukar bahasa yang dipaparkan pada skrin UI Kawalan Jauh.

[Log Out]

Log keluar daripada UI Kawalan Jauh dan kembali kepada halaman log masuk.

[E-Mail to System Manager]

Cipta mesej e-mel untuk dihantar kepada pentadbir. Alamat e-mel pentadbir boleh dimasukkan [Settings/Registration]  [User Management]  [System Manager/Contact Person Information Settings].

[Status Monitor/Cancel]

Anda boleh menyemak status kerja atau pembatalan pemprosesan. Anda juga boleh menyemak maklumat terperinci tentang baki toner dan kertas, dll. Menyemak Status dan Log

[Settings/Registration]

Anda boleh mengubah tetapan mesin. Anda boleh menyimpan butiran tetapan kepada komputer, atau mengimportnya daripada komputer kepada mesin. Mengimport/Mengeksport Data Tetapan
Anda boleh menggunakan sama ada panel kawalan atau UI Kawalan Jauh untuk mengubah sebahagian besar tetapan mesin, tetapi sesetengah tetapan hanya dapat diubah dengan menggunakan satu daripadanya.

[Basic Tools]

Anda boleh mencetak dokumen.
Mencetak Fail Secara Langsung tanpa Membuka Fail

[Management Tools]

Anda boleh menguruskan aplikasi.

[Portal Display Settings]

Anda boleh mengubah susunan butang [Basic Tools] dan [Management Tools] dipaparkan pada halaman portal.

Mesej/sokongan

Mesej daripada pentadbir dipaparkan, bersama dengan pautan kepada maklumat sokongan mesin. Memaparkan Mesej daripada Pentadbir
Untuk mengemas kini halaman semasa dengan maklumat terkini, klik .
AL8Y-067