Mengkonfigurasikan Tetapan Dasar Keselamatan

Tetapan mesin yang berkaitan dengan keselamatan maklumat boleh diguna dan diuruskan secara berkelompok. Adalah disyorkan bahawa pentadbir keselamatan maklumat yang bertanggungjawab menguruskan dasar keselamatan anda menggunakan dasar keselamatan pada mesin mengikut dasar organisasi anda. Untuk mengkonfigurasikan dasar keselamatan tersebut, log masuk ke dalam UI Kawalan Jauh dengan keutamaan Pentadbir.
1
Mulakan UI Kawalan Jauh. Memulakan UI Kawalan Jauh
2
Klik [Settings/Registration] pada halaman portal. Tetapan UI Kawalan Jauh
3
Klik [Security Settings]  [Security Policy Settings].
4
Klik [Security Policy Settings].
Langkah pengawasan tetapan dipaparkan. Pastikan membaca dan memahami kandungannya.
Jika tiada kata laluan dikonfigurasikan (Menggunakan Kata Laluan untuk Melindungi Tetapan Dasar Keselamatan), baca kandungan dan klik [OK] untuk meneruskan ke langkah 6.
5
Masukkan kata laluan dan klik [Log In].
6
Konfigurasikan item yang perlu dan klik [OK].
Untuk maklumat mengenai tetapan, lihat Item Tetapan Dasar Keselamatan.
Tetapan berkaitan item yang ditandakan dengan tanda semak di sini tidak boleh ditukar menggunakan <Tetapkan> atau UI Kawalan Jauh.
Untuk mana-mana tetapan mesin yang diubah apabila tetapan dasar keselamatan telah digunakan, anda tidak boleh dengan mudah memadam kotak semak untuk mengembalikan nilai yang telah ditetapkan sebelum ini. Untuk mengubah tetapan, gunakan <Tetapkan> atau UI Kawalan Jauh.
7
Klik [OK].
Jika dasar keselamatan telah dikonfigurasikan, mesej yang menunjukkan bahawa fungsi dan operasi dihadkan akan dipaparkan apabila skrin [Settings/Registration] dipaparkan pada panel kawalan atau UI Kawalan Jauh.

Menggunakan Tetapan Dasar Keselamatan kepada Peranti Lain

Anda boleh mengimport dan mengeksport tetapan dasar keselamatan mesin. Dengan menggunakan dasar yang sama kepada pelbagai peranti*, anda boleh menguruskan semua peranti di dalam organisasi anda dengan menggunakan tetapan yang serupa. Mengimport/Mengeksport Data Tetapan
* Hanya peranti Canon yang serasi dengan tetapan dasar keselamatan
Tetapan dasar keselamatan hanya dapat diimport jika kata laluan tetapan dasar keselamatan pada mesin pengeksport sepadan dengan mesin pengimport, atau jika tiada kata laluan yang telah ditetapkan untuk mesin pengimport. Jika kata laluan tidak ditetapkan untuk mesin pengimport, kata laluan yang dikonfigurasikan untuk mesin pengeksport ditetapkan kepada mesin pengimport.
AL8Y-050