Jadual Tetapan/Pendaftaran

Tetapan berikut boleh dipilih atau disimpan pada skrin Tetapan/Pendaftaran:
Sesetengah tetapan mungkin tidak dipaparkan bergantung pada konfigurasi kelengkapan pilihan yang dipasang pada mesin.
Sesetengah perubahan mungkin tidak dilaksanakan dengan serta-merta, bergantung pada tetapannya. Dalam hal ini, satu daripada perkara berikut perlu dilaksanakan.
Pilih <Ya> pada skrin mengesahkan jika anda mahu membuat perubahan.
Pilih <Gnkn Perubahan Ttpn> pada skrin <Home>.
Mulakan semula mesin.
Tetapan yang boleh ditentukan berbeza antara pentadbir dan pengguna umum, serta berubah bergantung pada pengehadan yang dikenakan oleh pentadbir.

Huraian Tetapan

Menerangkan fungsi setiap item tetapan pada Tetapan/Pendaftaran. Tetapan yang boleh dikendalikan berbeza-beza bergantung pada pihak berkuasa pengguna dan mesin yang anda gunakan. Tetapan item dan nilai ditulis di bawah Penerangan Tetapan. Lalai kilang ditulis dalam aksara merah tebal.

"Boleh ditetapkan dalam UI Kawalan Jauh"

Item “Boleh ditetapkan dalam UI Kawalan Jauh” ditulis untuk setiap item dalam jadual Tetapan/Pendaftaran. “Ya” atau “Tidak” menunjukkan jika tetapan boleh/tidak boleh ditetapkan dalam UI Kawalan Jauh.

Mengimport Semua Fungsi

Item “Mengimport Semua Fungsi” ditulis dalam jadual Tetapan/Pendaftaran. Bergantung pada sama ada item tetapan boleh diimport secara kelompok, “A”, “B”, “C” atau “Tidak” ditulis. “A”, “B”, dan “C” merujuk kepada kes berikut.

Kes A

Mengimport semua kepada mesin anda
Memulihkan maklumat tetapan kepada mesin anda untuk sandaran.
 
 
Eksport
 
 
 
Import
 
 
 
Menetapkan Maklumat

Kes B

Mengimport semua kepada mesin model yang sama
Digunakan untuk mesin bersiri sama seperti mesin ini.
 
Eksport
 
 
 
Menetapkan Maklumat
 
Import
 
 

Kes C

Mengimport semua kepada mesin model yang berbeza
Digunakan kepada model yang menyokong pengimportan berkelompok.
 
Eksport
 
 
 
Menetapkan Maklumat
 
Import
 
 

Nama Item Apabila Mengeksport dengan UI Kawalan Jauh

Bahagian ini menunjukkan item Tetapan/Pendaftaran yang sepadan dengan item fungsi eksport kelompok UI Kawalan Jauh. “-” ditunjukkan untuk item yang tidak diimport/dieksport. Mengimport/Mengeksport Semua Tetapan
Item yang boleh dipilih untuk fungsi eksport kelompok UI Kawalan Jauh ditunjukkan di bawah.
Item Yang Boleh Dipilih dengan Fungsi Eksport Berkelompok
Settings/Registration Basic Information
Paper Type Management Settings
Settings for Printer Settings
Department ID Management Settings
Key Settings
Certificate/Certificate Revocation List (CRL) Settings
Authentication User Management
Security Policy Settings
MEAP Application Setting Information
AL8Y-075