Jika Mesin Tidak Beroperasi

Jika masalah berlaku semasa anda menggunakan mesin, semak perkara berikut sebelum menghubungi wakil penjual atau wakil servis anda.

Periksa Ini Terlebih Dahulu

Adakah mesej dipaparkan pada skrin?

Mesej dipaparkan pada skrin apabila berlaku ralat atau masalah semasa mengendalikan mesin.
Mesej atau Nombor Bermula dengan "#" (Kod Ralat) Dipaparkan

Adakah  (Jimat Tenaga) menyala?

Jika ia menyala, tekan  (Jimat Tenaga) untuk membatalkan mod Tidur.

Adakah mesin disambungkan kepada komputer dengan betul?

Periksa sambungan rangkaian mesin dan komputer.
Penyediaan Persekitaran Rangkaian

Jika mesin tidak memberikan respons kepada operasi komputer

Hidupkan semula mesin.

Jika mesin tidak memberikan respons walaupun kuasanya DIHIDUPKAN, MATIKAN kuasanya (MEMATIKAN Mesin). Sahkan bahawa kabel kuasa disambungkan dengan betul, tunggu 10 saat atau lebih selepas kuasa utama DIMATIKAN dan kemudian HIDUPKAN kuasa semula (MENGHIDUPKAN Mesin).

Semak jika pemacu dipasang dengan betul.

Untuk maklumat mengenai pemasangan pemacu, lihat Memasang Pemacu.

Semak jika alamat IP mesin adalah betul.

Semak tetapan alamat IP dan ubahnya jika ia tidak betul. Untuk maklumat mengenai tetapan, lihat Persediaan Menggunakan Panduan Pengguna.

Apabila skrin pengesahan (skrin log masuk) dipaparkan

Log masuk sebagai pengguna berdaftar.

Apabila skrin pengesahan (skrin log masuk) dipaparkan, anda mesti log masuk sebagai pengguna berdaftar untuk terus mengendalikan mesin.
Log masuk ke dalam Mesin
AL8Y-09S