Memeriksa Baki Bahan Guna Habis

Baki toner di dalam kartrij toner dipaparkan dalam unit 10%. Sebelum mencetak sejumlah besar halaman, semak jumlah baki kartrij toner dan sediakan kartrij toner baharu jika perlu.
* Baki jumlah kartrij toner yang dinyatakan hanya boleh digunakan sebagai panduan dan mungkin berbeza daripada jumlah sebenar.
Bahagian ini menerangkan cara untuk melihat maklumat ini menggunakan panel kawalan.
Anda juga boleh memeriksa maklumat ini menggunakan Remote UI daripada komputer. Menguruskan Mesin daripada Komputer (UI Kawalan Jauh)

Model panel sentuhan

1
Tekan pada panel kawalan. Skrin [Rumah]
2
Tekan [Status Peranti] [Aras Kartrij].
Baki jumlah toner dalam kartrij toner dipaparkan.
3
Periksa baki toner di dalam kartrij toner.

Model LCD 5 Baris

1
Tekan pada panel kawalan. Panel kawalan
2
Tekan [Status Peranti]    [Aras Kartrij]  .
Baki jumlah toner dalam kartrij toner dipaparkan.
3
Periksa baki toner di dalam kartrij toner.
Anda boleh mengkonfigurasikan tetapan untuk memberitahu anda supaya menyediakan kartrij toner baharu apabila kartrij toner semasa mencapai jumlah yang ditentukan. [Pprkn Masa utk Pmbrithn Prsediaan Krtrij]
AL42-0AE