Bahagian Hadapan

Penyuap

Anda boleh meletakkan dua helai atau lebih dokumen asal dalam penyuap. Dokumen asal yang diletakkan akan disuap dan diimbas secara automatik sehelai demi sehelai. Penyuap

Panel kawalan

Gunakan paparan dan kekunci untuk mengendalikan mesin dan mengesahkan pengendalian dan status. Panel kawalan

Dulang output

Kertas yang dicetak dan disalin dikeluarkan ke dulang output.

Pemegang angkat

Pegang pemegang angkat apabila mengalih mesin.

Suis kuasa

Menukar kuasa mesin antara ON (HIDUP) dan OFF (MATI). Menghidupkan dan Mematikan Mesin

Penghenti Kertas

Buka penghenti kertas untuk mengelakkan kertas daripada terjatuh keluar dari dulang output.

Laci

Muatkan kertas yang anda biasa gunakan ke dalam Laci. Laci

Kaca platen

Letak buku, kertas tebal, kertas nipis dan dokumen asal lain yang tidak boleh diletakkan di dalam penyuap pada kaca platen untuk mengimbas atau membuat salinan. Dokumen asal yang diletakkan diimbas dalam kedudukan tetap. Meletakkan Dokumen Asal

Slot pengudaraan

Udara di dalam mesin dikeluarkan melalui slot pengudaraan untuk menurunkan suhu di dalam mesin.
Jangan letak objek bersebelahan slot pengudaraan kerana ini akan menghalang pengudaraan.
Bagi memastikan penggunaan mesin yang cekap, sentiasa lap bersih permukaan dan kaca platen.
Membersihkan Permukaan Mesin
Membersihkan Kaca Platen
Jika gejala berikut berlaku semasa menggunakan penyuap, bersihkan penyuap: Membersihkan Penyuap
Dokumen asal menjadi kotor
Dokumen asal kerap tersekat
Cetakan ada kesan kotor selepas pengimbasan, penyalinan, atau penghantaran faks
AL42-005