Mengemas kini Perisian Tegar (Model panel sentuhan)
Apabila fungsi ditambahkan atau versi perisian dinaiktarafkan, perisian tegar mesin dikemas kini.
Periksa versi perisian tegar, dan kemas kini perisian tegar melalui Internet atau komputer mengikut persekitaran penggunaan mesin.

: Boleh dikemas kini

: Tidak boleh dikemas kini
Persekitaran penggunaan mesin | Sambungan melalui Internet | Sambungan melalui komputer |
Sambungan LAN berwayar | | |
Sambungan LAN wayarles | | |
Sambungan USB | | |
Gunakan IPv6 | | |
* Anda tidak boleh mengemas kini perisian tegar dalam Persekitaran IPv6. Sambungkan mesin ke komputer melalui USB, dan kemas kini dari komputer.
Memeriksa Versi Perisian Tegar
Periksa versi perisian tegar semasa sebelum mengemas kininya, dan kemudian periksa versi selepas mengemas kini untuk melihat sama ada kemas kini tersebut dijalankan dengan betul.
1
Pada panel kawalan, tekan [Menu] dalam skrin [Rumah].
Skrin [Rumah]2
Tekan [Tetapan Pengurusan]

[Ttpn UI Kwln Jauh/Kms kini Prisian Tegar]

[Kemas kini Perisian Tegar].
Skrin [Kmas kini Prisin Tegar] dipaparkan.
Jika skrin log masuk dipaparkan, masukkan ID dan PIN Pengurus Sistem, dan kemudian tekan [Log Masuk].
Mengelog Masuk ke Mesin3
Pilih [Maklumat Versi].
Memaparkan versi semasa perisian tegar.
Mengemas Kini Perisian Tegar melalui Internet
Gunakan panel kawalan untuk mengemas kini perisian tegar melalui Internet. Anda tidak boleh mengemas kini tetapan menggunakan Remote UI daripada komputer.
Keistimewaan pentadbiran diperlukan. Apabila perisian tegar telah dikemas kini, mesin dimulakan semula secara automatik.
Persediaan Yang Diperlukan |
|
1
Pada panel kawalan, tekan [Kemas Kini Prisian Tgr] dalam skrin [Rumah].
Skrin [Rumah]Mesin mengakses pelayan Canon untuk melihat sama ada perisian tegar baharu tersedia.
Apabila [Ini adalah versi prisian tegar tkini.] muncul, tiada kemas kini tersedia.
Jika skrin log masuk dipaparkan, masukkan ID dan PIN Pengurus Sistem, dan kemudian tekan [Log Masuk].
ID dan PIN Pengurus Sistem2
Tekan [Ya].
3
Di skrin pelesenan, tekan [Accept].
Skrin pengesahan kemas kini perisian tegar dipaparkan.
4
Tekan [OK].
Muat turun perisian tegar bermula.
Apabila muat turun selesai, mesin memulakan semula secara automatik, dan perisian tegar dikemaskinikan.
|
Jangan MEMATIKAN mesin hingga mula semula selesai. |
Mengemas Kini Perisian Tegar melalui Komputer
Kemas kini perisian tegar dari komputer yang disambungkan ke mesin melalui LAN berwayar atau USB.
Persediaan Yang Diperlukan |
|
Cara untuk Kemas Kini dari Komputer
Lihat "User Support Tool Operation Guide (Panduan Pengendalian Alat Sokongan Pengguna)" yang disertakan bersama perisian tegar.
Untuk Menjadikan Mesin dalam Keadaan Menunggu Kemas Kini (Mod Muat Turun)
Gunakan prosedur berikut.
Gunakan panel kawalan untuk melakukan operasi ini. Anda tidak boleh melakukan menggunakan Remote UI daripada komputer.
Keistimewaan pentadbir diperlukan.
1
Pada panel kawalan, tekan [Menu] dalam skrin [Rumah].
Skrin [Rumah]2
Tekan [Tetapan Pengurusan]

[Ttpn UI Kwln Jauh/Kms kini Prisian Tegar]

[Kemas kini Perisian Tegar].
Skrin [Kmas kini Prisin Tegar] dipaparkan.
Jika skrin log masuk dipaparkan, masukkan ID dan PIN Pengurus Sistem, dan kemudian tekan [Log Masuk].
Mengelog Masuk ke Mesin3
Tekan [Melalui PC]

[Ya].
Tukarkan mesin kepada mod muat turun dan jadikannya dalam keadaan menunggu kemas kini.