Mengkonfigurasikan Tetapan Faks (Panduan Persediaan Faks)

Apabila anda menekan [Faks] dalam skrin [Rumah] pada panel kawalan untuk kali pertama, skrin (Panduan Penetapan Faks) untuk menetapkan item supaya menggunakan faks dipaparkan. Konfigurasikan tetapan faks menggunakan prosedur di bawah dengan mengikut arahan pada skrin.

Langkah 1: Memulakan Panduan Persediaan Faks

1
Pada panel kawalan, tekan [Faks] dalam skrin [Rumah]. Skrin [Rumah]
Skrin [Panduan Penetapan Faks] dipaparkan.
Apabila Skrin [Panduan Penetapan Faks] Tidak Dipaparkan
Jika skrin [Panduan Penetapan Faks] tidak dipaparkan selepas menekan [Faks] di skrin [Rumah], atau untuk menetapkan semula faks dengan Panduan Persediaan Faks, gunakan prosedur berikut untuk memaparkan [Panduan Penetapan Faks].
Skrin [Rumah] pada panel kawalan [Menu] [Tetapan Fungsi] [Biasa] [Panduan Penetapan Faks].
2
Tekan [Tetapkan Sekarang] [Seterusnya].
Skrin [Dftar No. Telefon Unit] dipaparkan.

Langkah 2: Mendaftarkan Nombor Faks dan Nama Unit

Daftarkan nombor faks dan nama unit (nama atau nama syarikat). Maklumat ini dicetak bersama dengan data faks di destinasi.
1
Di skrin [Dftar No. Telefon Unit], masukkan nombor faks mesin, dan tekan [Guna].
Selepas mesej [Tetapan digunakan.] muncul, skrin yang membimbing anda untuk mendaftarkan nama unit dipaparkan.
2
Tekan [Seterusnya].
Skrin [Daftar Nama Unit] dipaparkan.
3
Masukkan nama atau nama syarikat, dan tekan [Guna].
Selepas mesej [Tetapan digunakan.] muncul, skrin tetapan Mod RX dipaparkan.

Langkah 3: Menetapkan Mod RX

Jawab soalan di skrin untuk memilih mod RX yang betul.
1
Pada skrin tetapan Mod RX, tekan [Seterusnya].
2
Jawab soalan yang dipaparkan di skrin dengan menekan [Ya] atau [Tidak].
Apabila anda selesai menjawab semua soalan, mod RX yang dipilih akan dipaparkan di skrin.
3
Periksa mod RX yang dipilih.
Mod RX beroperasi seperti berikut:
* Di Australia dan New Zealand, [Penukaran Rangkaian] juga tersedia untuk mod penerimaan. Menukar Mod Fax RX dan Menetapkan Tindakan apabila Menerima Faks
[Faks/Tel (Penukaran Auto)]
Dayakan penggunaan faks dan telefon.
Faks diterima secara automatik.
Apabila panggilan telefon diterima, mesin berdering. Angkat gagang telefon untuk menjawab panggilan.
[Auto]
Digunakan untuk faks sahaja.
Faks diterima secara automatik.
Panggilan telefon masuk tidak dapat dijawab.
[Mesin Menjawab]
Mendayakan penggunaan faks dan telefon.
Faks diterima secara automatik.
Apabila panggilan telefon diterima, fungsi mesin penjawab dapat digunakan untuk merakam mesej. Anda boleh menjawab panggilan dengan mengangkat gagang telefon sebelum rakaman bermula.
* Tetapkan mesin penjawab supaya fungsi rakaman diaktifkan setelah mesin berdering satu atau dua kali.
* Apabila merakam mesej anda, disarankan agar anda diam selama kira-kira empat saat, atau menyimpan keseluruhan mesej dalam 20 saat.
[Manual]
Mendayakan penggunaan faks dan telefon.
Mesin berdering apabila menerima faks dan panggilan telefon.
Jika anda mendengar nada faks semasa mengangkat gagang telefon, terima faks secara manual. Menerima Faks
Anda juga boleh mengkonfigurasikan tetapan untuk menerima faks secara automatik selepas mesin berdering untuk tempoh masa tertentu. [Tukar ke RX Auto]
4
Tekan [Guna].
Skrin [Smbngkn Talian Telefon] dipaparkan.

Langkah 4: Menyambungkan Kepada Talian Telefon

Gunakan kord telefon yang dibekalkan untuk menyambungkan mesin ke talian telefon.
Apabila menggunakan telefon, sambungkannya ke mesin.
1
Tekan [Seterusnya].
Skrin [Sambung pd soket sisi peranti.] dipaparkan.
2
Sambungkan kabel telefon yang dibekalkan ke soket talian telefon (LINE) pada mesin dan penyambung talian telefon di dinding.
Sambungkan telefon ke bicu telefon luaran (EXT.) pada mesin.
Apabila menyambungkan telefon dengan fungsi faks, pastikan anda menyahdayakan tetapan terima automatik faks pada telefon.
Bergantung pada jenis telefon yang disambungkan padanya, mesin mungkin tidak dapat menghantar atau menerima faks dengan betul.
3
Tekan [Seterusnya].
Skrin yang mengesahkan bahawa anda ingin keluar dari Panduan Persediaan Faks akan dipaparkan.
4
Tekan [Ya].
Tetapan yang dikonfigurasi dalam Panduan Persediaan Faks digunakan, dan jenis talian telefon dikonfigurasi secara automatik.
Jika Jenis Talian Telefon Tidak Dikonfigurasi Secara Automatik
Konfigurasikan jenis talian telefon secara manual. [Pilih Jenis Talian]
* Jika anda tidak tahu jenis talian telefon anda, hubungi syarikat telefon anda. Bergantung pada negara anda, [Pilih Jenis Talian] mungkin tidak tersedia.
Menghasilkan Bunyi Isyarat Apabila Gagang Tidak Diletakkan Dengan Betul Pada Pemegang
Anda boleh memilih sama ada mesin mengeluarkan bunyi isyarat apabila gagang telefon yang disambungkan ke mesin tidak dipasang dengan betul pada penyangga.
Log masuk ke Remote UI  [Settings/Registration]  [TX Settings]  [Fax TX Settings]  [Edit]  Tandakan kotak semak [Off-Hook Alarm] dan laraskan kelantangan  [OK]
Pada panel kawalan, pilih [Menu] dalam skrin [Rumah] dan kemudian pilih [Tetapan Fungsi] untuk mengkonfigurasi tetapan. [Penggera Sibuk]
AL42-021