Menetapkan Saiz dan Jenis Kertas untuk Laci Kertas

Secara lalai, saiz dan jenis laci kertas ditetapkan kepada A4 dan Biasa 2. Apabila kertas dengan saiz atau jenis yang berbeza dimasukkan, tukar tetapan kertas.
Bahagian ini menerangkan cara untuk mengkonfigurasi tetapan menggunakan panel kawalan.
Anda juga boleh mengkonfigurasi Remote UI daripada komputer. Menguruskan Mesin dari Komputer (UI Kawalan Jauh)
1
Pada panel kawalan, pilih [Menu] dalam skrin [Rumah] dan tekan . Skrin [Rumah]
2
Tekan [Tetapan Kertas]    [Laci 1]  .
3
Pilih saiz kertas yang dimuatkan ke dalam laci kertas, dan tekan .
Anda boleh menatal skrin untuk melihat saiz kertas (seperti sampul surat) yang tidak dipaparkan di skrin.
Jika anda perlu menukar kertas yang dimuatkan dengan kerap, tetapkan kepada [Saiz Bebas]; ini akan mengurangkan bilangan langkah yang diperlukan untuk menukar tetapan setiap kali anda ingin menukar kertas. Anda juga boleh memaparkan mesej ralat apabila tetapan dalam pemacu pencetak sangat berbeza dengan saiz kertas yang dimuatkan. [Tindakn Apbl Saiz Kertas Bbas Tdk Sepdan]
Apabila Kertas Saiz A5 Dimuatkan
Apabila kertas dimuatkan dalam orientasi landskap, pilih [A5]. Apabila kertas dimuatkan dalam orientasi potret, pilih [A5R].
 
Orientasi landskap (A5)
 
Orientasi potret (A5R)
 
 
Apabila Kertas Saiz Bukan Standard (Saiz Tersuai) Dimuatkan
1
Tekan [Tersuai].
2
Tekan [X]    masukkan nilai di [X]  .
Masukkan nilai menggunakan  dan .
3
Masukkan nilai di [Y] dengan cara yang sama seperti [X].
4
Pilih [<Guna>], dan tekan .
Jika Saiz Kertas yang Ditetapkan Tidak Dipaparkan
Tekan [<Saiz Lain>], tekan , dan pilih saiz kertas daripada senarai yang dipaparkan.
4
Pilih jenis kertas yang dimuatkan ke dalam laci kertas, dan tekan .
Jika anda perlu menukar kertas yang dimuatkan dengan kerap [Bebas]; ini akan mengurangkan bilangan langkah yang diperlukan untuk menukar tetapan setiap kali anda ingin menukar kertas. Walau bagaimanapun, ambil perhatian bahawa tetapan ini membolehkan mesin melakukan pencetakan walaupun tetapan jenis kertas dalam pemacu pencetak dan jenis sebenar kertas yang dimuatkan dalam mesin adalah tidak sepadan.
Apabila tetapan jenis kertas dalam pemacu pencetak adalah [Auto], mesin beroperasi dalam cara yang sama seperti apabila jenis kertas adalah [Biasa 1].
Saiz dan jenis kertas ditetapkan.
Anda boleh menukar saiz kertas yang dipaparkan pada skrin dalam Langkah 3. Menyembunyikan Saiz Kertas Yang Tidak Digunakan
ALF3-02E