Kod Ralat Dipaparkan
Jika pencetakan tidak dapat dilakukan atau ralat lain berlaku, kod ralat (nombor tiga digit bermula dengan "#") dipaparkan dalam log kerja.
Pilih kod ralat daripada senarai di bawah, dan lihat cara untuk melakukan pencarisilapan bagi ralat tersebut.
|
Jika masalah berterusan walaupun selepas mencuba kaedah pencarisilapan, hubungi pengedar atau wakil perkhidmatan anda. Jika Masalah Berterusan |
#037
Pencetakan tidak dapat dilakukan disebabkan oleh saiz fail.
Kurangkan Saiz Fail atau Bahagikan Fail Kepada Beberapa Bahagian.
Optimumkan fail untuk menjadikannya lebih kecil, atau bahagikannya kepada beberapa bahagian dan kemudian cetaknya.
#099
Kerja dibatalkan.
Ini bukan merupakan kerosakan. Lakukan operasi sekali lagi, sebagaimana yang diperlukan.
#753
Mesin tidak dapat disambungkan ke rangkaian kerana kabel Ethernet telah tertanggal.
Periksa Sama Kabel Ethernet Telah Disambungkan Dengan Betul.
#766
Sijil telah luput.
Perbaharui sijil, atau gunakan sijil yang belum luput.
Adakah masa dan tarikh semasa pada mesin adalah betul?
Periksa tetapan tarikh dan masa. Jika tetapan adalah salah, tetapkan zon masa, dan kemudian tetapan masa dan tarikh semasa.
Menetapkan Tarikh dan Masa#852
Kuasa mesin dimatikan oleh kerana sebab tertentu.
Pastikan palam kuasa dimasukkan dengan kemas ke dalam saluran keluar.
#853
Pencetakan gagal kerana sebab tertentu.
Jika operasi dibatalkan semasa data cetakan dihantar daripada komputer ke mesin, cuba cetak sekali lagi.
Jika tidak, periksa yang berikut:
Adakah Anda Mencetak Kerja Dalam Jumlah yang Besar?
Volum data mungkin telah melebihi kapasiti pemprosesan mesin. Kurangkan bilangan halaman untuk dicetak, atau cetak apabila tiada data cetakan yang sedang dicetak atau menunggu untuk dicetak.
Adakah Data Untuk Dicetak Telah Rosak?
Jika data telah rosak, perbetulkan data.
#861
Anda menggunakan pemacu pencetak yang tidak disokong, atau data yang anda cuba cetak telah rosak.
Gunakan pemacu pencetak mesin, dan cuba cetak sekali lagi.
Adakah Data Untuk Dicetak Telah Rosak?
Jika data telah rosak, perbetulkan data.
#863
Ralat berlaku, menyebabkan pencetakan terhalang.
Mulakan semula Mesin, dan Kemudian Cetak Data Sekali Lagi.
#934
Kerja dipadam oleh fungsi Padam Kerja yang Digantung Secara Automatik.
Selesaikan Ralat yang Menyebabkan Kerja Digantung.
Selesaikan ralat, dan cuba cetak sekali lagi.
* Nyahdayakan fungsi Padam Kerja yang Digantung Secara Automatik, atau tukar masa sehingga data dipadam secara automatik.
[Padamkn Krja Trgantung secara Auto]#995
Menghantar atau menerima kerja menunggu telah dibatalkan.
Cuba hantar atau terima sekali lagi, sebagaimana yang diperlukan.