Teks atau Imej Menjadi Pudar
Lakukan pencarisilapan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
Langkah 1: Memeriksa Kertas
Adakah Anda Menggunakan Kertas yang Sesuai?
Periksa sama ada kertas di dalam mesin boleh digunakan, dan gantikannya dengan kertas yang sesuai, sebagaimana yang diperlukan.
Kertas yang Boleh DigunakanMemuatkan KertasLangkah 2: Periksa Persekitaran Penggunaan Mesin
Adakah Anda Menggunakan Mesin Dalam Persekitaran yang Berkelembapan Rendah?
Menetapkan [Mod Kelembapan Rendah] kepada [Mod 1] boleh menyelesaikan masalah ini. Jika itu tidak berjaya, cuba pilih [Mod 2] dan kemudian [Mod 3] mengikut turutan.
* Mendayakan tetapan ini boleh mengurangkan kepadatan atau mewujudkan pudar dalam persekitaran lembap.
Adakah Anda Menggunakan Mesin Dalam Persekitaran yang Lembap?
Menetapkan [Mod Kelembapan Tinggi] kepada [Aktif] boleh menyelesaikan masalah ini.
* Menetapkan ini kepada [Aktif] dalam persekitaran yang berkelembapan rendah boleh menyebabkan imej dan teks menjadi kabur.
Adakah Anda Menggunakan Mesin Dalam Persekitaran yang Suhunya Berubah Secara Mendadak?
Perubahan suhu secara mendadak boleh menyebabkan pemeluwapan, yang boleh mengakibatkan imej dan teks pudar atau kabur. Meneruskan penggunaan mesin di bawah keadaan ini boleh mengakibatkan kertas tersekat, kerosakan pencetakan, kerosakan, atau masalah lain. Biarkan mesin menyesuaikan keadaannya dengan suhu dan kelembapan persekitaran selama sekurang-kurangnya 2 jam sebelum digunakan.
Langkah 3: Memeriksa Tetapan Pemprosesan Khas
Adakah [Betulkn Imej Kabur] telah didayakan?
Menetapkan [Betulkn Imej Kabur] kepada [Mod 1] boleh meningkatkan hasil cetakan. Jika itu tidak berjaya, pilih [Mod 2].
* Apabila tetapan ini didayakan, kepadatan cetakan mungkin berkurangan atau kelajuan cetakan mungkin lebih perlahan.