Tompokan Putih Kelihatan

Lakukan pencarisilapan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1: Memeriksa Kertas

Adakah Anda Menggunakan Kertas yang Sesuai?
Periksa sama ada kertas di dalam mesin boleh digunakan, dan gantikannya dengan kertas yang sesuai, sebagaimana yang diperlukan.
Kertas yang Boleh Digunakan
Memuatkan Kertas
Adakah Anda Menggunakan Kertas yang Telah Menyerap Kelembapan?
Lihat langkah berjaga-jaga, dan gantikan kertas dengan kertas yang kering.
Langkah Berjaga-jaga Semasa Mengendalikan Kertas
Memuatkan Kertas

Langkah 2: Memeriksa Kartrij Toner

Periksa Baki Toner Dalam Kartrij Toner.
Jika jumlah baki toner di dalam kartrij toner rendah, gantikan kartrij toner.
Memeriksa Baki Bahan Guna Habis
Menggantikan Kartrij Toner
* Bergantung pada keadaan penggunaan mesin, baki toner yang sebenar mungkin kurang berbanding yang ditunjukkan atau keadaan bahagiannya mungkin merosot. Jika masalah berterusan, gantikan kartrij toner.

Langkah 3: Memeriksa Kejadian Tompokan Putih

Adakah Aksara dan Garis Hitam Dicetak Berlubang?
Menetapkan [Mod Plarasan Pmindahan] kepada [Mod 1] boleh menyelesaikan masalah ini. Jika itu tidak berjaya, pilih [Mod 2].
Skrin [Rumah] pada panel kawalan  [Menu]    [Pelarasan/Penyelenggaraan]    [Laras Kualiti Imej]    [Pemprosesan Khas]   [Mod Pelarasan Pemindahan]   [Mod 1] atau [Mod 2]  
* Apabila tetapan ini diaktifkan, kepadatan cetakan mungkin berbeza-beza dalam persekitaran dengan kelembapan yang rendah.

Langkah 4: Memeriksa Persekitaran Penggunaan Mesin

Adakah Toner yang Dicetak Terkelupas Bergantung Pada Jenis Kertas atau Persekitaran Penggunaan?
Jika begitu, menetapkan [Pembaikan Pembetulan] kepada [Mod 1] boleh mengurangkan masalah ini. Jika ini gagal, pilih [Mod 2].
Skrin [Rumah] pada panel kawalan [Menu]    [Pelarasan/Penyelenggaraan]    [Laras Kualiti Imej]    [Pemprosesan Khas]    [Pembaikan Pembetulan]    [Mod 1] atau [Mod 2]  
* Apabila tetapan ini didayakan, imej hantu mungkin kelihatan pada kawasan yang tidak dicetak.
Adakah Anda Menggunakan Kertas Yang Sangat Berhabuk?
Menetapkan [Mod Kertas Talkum] kepada [Aktif] boleh menyelesaikan masalah ini.
Skrin [Rumah] pada panel kawalan [Menu]    [Pelarasan/Penyelenggaraan]    [Laras Kualiti Imej]    [Pemprosesan Khas]   [Mod Kertas Talkum]   [Aktif]  
* Memilih [Aktif] dalam tetapan ini mungkin menyebabkan perubahan dalam kualiti imej.
Adakah Anda Menggunakan Mesin Dalam Persekitaran yang Suhunya Berubah Secara Mendadak?
Perubahan suhu secara mendadak boleh menyebabkan pemeluwapan, yang boleh mengakibatkan imej dan teks pudar atau kabur. Meneruskan penggunaan mesin di bawah keadaan ini boleh mengakibatkan kertas tersekat, kerosakan pencetakan, kerosakan, atau masalah lain. Biarkan mesin menyesuaikan keadaannya dengan suhu dan kelembapan persekitaran selama sekurang-kurangnya 2 jam sebelum digunakan.

Langkah 5: Memeriksa Status Penyelenggaraan

Sudahkah Anda Membersihkan Dram?
Gejala ini boleh berlaku apabila dram kotor. Dalam kes ini, bersihkan dram.Membersihkan Dram
ALF3-077