Memeriksa Baki Bahan Guna Habis

Anda boleh melihat peratusan jumlah toner yang masih ada dalam kartrij toner dengan kenaikan 10%.
Periksa jumlah toner yang tersisa di dalam kartrij toner, misalnya, untuk melihat sama ada anda perlu menyediakan kartrij toner baharu sebelum mencetak dokumen dengan jumlah besar.
* Nilai yang dipaparkan untuk jumlah baki toner dalam kartrij toner adalah untuk rujukan dan mungkin tidak menunjukkan jumlah sebenar yang tinggal.
Bahagian ini menerangkan cara untuk melihat maklumat ini menggunakan panel kawalan.
Anda juga boleh memeriksa maklumat ini menggunakan Remote UI dari komputer. Menguruskan Mesin daripada Komputer (UI Kawalan Jauh)

Model Panel Sentuhan

1
Pada panel kawalan, tekan [Pgawas Status] di skrin [Rumah] atau lokasi lain. Skrin [Rumah]
2
Tekan [Maklumat Kartrij].
Jumlah baki toner dalam kartrij toner ditunjukkan mengikut warnanya.
3
Periksa baki toner dalam kartrij toner.

Model LCD Hitam dan Putih

1
Tekan kekunci Pemantau Status () pada panel kawalan. Panel Kawalan untuk Model LCD Hitam dan Putih
2
Tekan [Aras Kartrij]  .
Jumlah baki toner dalam kartrij toner ditunjukkan mengikut warnanya.
3
Periksa baki toner dalam kartrij toner.
Anda boleh mengkonfigurasikan tetapan untuk memberitahu anda supaya menyediakan kartrij toner baharu apabila kartrij toner semasa mencapai jumlah yang ditentukan. [Pprkn Pmasa utk Krtrj Pnydiaan] atau [Pprkn Masa utk Pmbrithn Prsediaan Krtrij]
C276-090