Teks atau Imej Menjadi Pudar

Lakukan pencarisilapan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1: Memeriksa Kertas

Adakah Anda Menggunakan Kertas yang Sesuai?
Periksa sama ada kertas di dalam mesin boleh digunakan, dan gantikannya dengan kertas yang sesuai, sebagaimana yang diperlukan.
Kertas yang Boleh Digunakan
Memuatkan Kertas
Adakah Kertas Kotor Mengikut Jenis Kertas atau Persekitaran Penggunaan?
Menetapkan [Betulkn Imej Kabur] kepada [Mod 1] boleh menyelesaikan masalah ini. Jika itu tidak berhasil, cuba pilih [Mod 2], [Mod 3] dan kemudian [Mod 4] mengikut turutan.
Skrin [Rumah] pada panel kawalan [Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas] [Betulkn Imej Kabur] pilih mod ini
* Mendayakan tetapan ini boleh menurunkan kepadatan cetakan atau melambatkan pencetakan. Ia juga boleh membuat garisan kurang jelas atau menjadikannya lebih kasar.
Adakah Kertas Kotor Semasa Menyalin Mengikut Jenis Kertas atau Persekitaran Penggunaan?
Menetapkan [Btlkn Imej Kabur utk Penyalinn] kepada [Mod 1] boleh menyelesaikan masalah ini. Jika itu tidak berhasil, cuba pilih [Mod 2] dan kemudian [Mod 3].
Skrin [Rumah] pada panel kawalan [Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas] [Btlkn Imej Kabur utk Penyalinn] pilih mod ini
* Apabila tetapan ini didayakan, ketumpatan cetakan mungkin berkurang.

Langkah 2: Periksa Persekitaran Penggunaan Mesin

Adakah Anda Menggunakan Mesin Dalam Persekitaran yang Suhunya Berubah Secara Mendadak?
Perubahan suhu secara mendadak boleh menyebabkan pemeluwapan, yang boleh mengakibatkan imej dan teks menjadi pudar atau kabur. Menetapkan [Kawal Kondensasi] kepada [Aktif] boleh menyelesaikan masalah ini.
[Rumah] pada panel kawalan [Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Penyelenggaraan] [Kawal Kondensasi] [Aktif]
* Semasa penyingkiran pemeluwapan, helaian kertas kosong mungkin dikeluarkan tanpa ia dicetak dengan betul. Jika anda menetapkan ini kepada [Aktif], anda boleh menetapkan sama ada mahu menyekat pencetakan ataupun tidak.
* Jika anda menetapkan ini kepada [Aktif], anda mesti memastikan mesin sentiasa hidup untuk menyingkirkan pemeluwapan secara berterusan. Tetapan penutupan autometik akan dinyahdayakan.
Adakah Anda Menggunakan Mesin Dalam Persekitaran yang Berkelembapan Rendah?
Menetapkan [Mod Kelembapan Rendah] kepada [Mod 1] boleh menyelesaikan masalah ini. Jika itu tidak berhasil, tentukan [Mod 2].
Skrin [Rumah] pada panel kawalan [Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas] [Mod Kelembapan Rendah]  [Mod 1] atau [Mod 2]
* Menetapkan ini kepada [Aktif] dalam persekitaran yang lembap boleh mengurangkan ketumpatan atau menyebabkan cetakan menjadi pudar.
C94S-0F7