Menyambungkan ke LAN Wayarles dengan Menetapkan Butiran (Kaedah Persediaan Manual)

Anda boleh menyambung ke penghala LAN wayarles dengan memasukkan semua maklumat penghala secara manual seperti SSID, kekunci rangkaian, dan tetapan keselamatan.
Kelayakan pentadbir diperlukan untuk menyambung ke LAN wayarles.

Model Panel Sentuhan

Persediaan Yang Diperlukan
Sediakan maklumat penghala LAN wayarles yang anda ingin sambungkan, dan simpankannya berdekatan. Maklumat Penghala LAN Wayarles Diperlukan untuk Sambungan
Apabila menyambung ke penghala LAN wayarles yang menyokong WPA-EAP atau WPA2-EAP untuk standard keselamatan, tetapkan IEEE 802.1X. Menggunakan IEEE 802.1X
1
Di panel kawalan, tekan [Tetapan Wi-Fi] di skrin [Rumah]. Skrin [Rumah]
Skrin [Pilih Rangkaian] dipaparkan.
Jika skrin log masuk muncul, masukkan ID dan PIN Pentadbir, dan kemudian tekan [Log Masuk]. PIN dan ID Pentadbir
Jika mesej [Adakah anda ingin mendayakan Wi-Fi?] muncul, tekan [Ya].
Jika mesej [Tidak boleh menemui titik capaian.] muncul, tekan [Tutup].
2
Tekan [Sambungan Lain].
3
Tekan [Masukkan Nama Rangkaian (SSID) secara Manual].
Skrin input SSID dipaparkan.
4
Masukkan SSID, dan tekan [Guna].
Skrin [Tetapan Keselamatan] dipaparkan.
5
Pilih standard keselamatan, dan tetapkan pengesahan serta penyulitan.
 Apabila Menggunakan WPA-PSK, WPA2-PSK atau WPA3-SAE
1
Pilih [WPA/WPA2-PSK], [WPA2-PSK/WPA3-SAE], atau [WPA3-SAE] untuk memadankan tetapan keselamatan penghala LAN wayarles.
2
Masukkan kekunci rangkaian, dan tekan [Guna].
Apabila Menggunakan WPA-EAP atau WPA2-EAP
Tekan [WPA/WPA2-EAP] [OK].
Apabila Tidak Menggunakan Standard Keselamatan
Tekan [Tiada].
6
Apabila [Disambungkan.] dipaparkan pada panel kawalan, tekan [Tutup].
Apabila mesin disambungkan ke LAN wayarles, [] muncul pada skrin [Rumah] dan skrin bagi setiap fungsi.
7
Tunggu beberapa minit.
Secara lalai, alamat IP ditetapkan secara automatik.
Untuk menggunakan alamat IP yang khusus, tetapkan ini secara manual.
Menetapkan Alamat IPv4
Menetapkan Alamat IPv6
Jika Mesej Ralat Muncul Semasa Operasi dan Sambungan Tidak Dapat Dilakukan
Tekan [Tutup], periksa maklumat penghala LAN wayarles yang anda ingin sambungkan, dan ulangi prosedur ini bermula daripada Langkah 2.

Model LCD Hitam dan Putih

Persediaan Yang Diperlukan
Sediakan maklumat penghala LAN wayarles yang anda ingin sambungkan, dan simpankannya berdekatan. Maklumat Penghala LAN Wayarles Diperlukan untuk Sambungan
Apabila menyambung ke penghala LAN wayarles yang menyokong WPA-EAP atau WPA2-EAP untuk standard keselamatan, tetapkan IEEE 802.1X. Menggunakan IEEE 802.1X
1
Pada panel kawalan, pilih [Tetapan Wi-Fi] di skrin [Rumah] dan tekan . Skrin [Rumah]
Skrin [Pilih Rangkaian] dipaparkan.
Jika skrin log masuk muncul, masukkan ID dan PIN Pentadbir dan kemudian tekan . PIN dan ID Pentadbir
Jika mesej [Adakah anda ingin mendayakan Wi-Fi?] muncul, pilih [Ya] dan tekan .
Jika mesej [Tidak boleh mencari titik capaian.] muncul, pilih [Tutup] dan tekan .
2
Pilih [Sambungan Lain] dan tekan .
3
Pilih [Masukkan Nama Rangkaian Secara Manual] dan tekan .
Skrin input SSID dipaparkan.
4
Masukkan SSID, pilih [<Guna>], dan tekan .
Skrin [Tetapan Keselamatan] dipaparkan.
5
Pilih standard keselamatan, dan tetapkan pengesahan serta penyulitan.
 Apabila Menggunakan WPA-PSK, WPA2-PSK atau WPA3-SAE
1
Pilih [WPA/WPA2-PSK], [WPA2-PSK/WPA3-SAE], atau [WPA3-SAE] untuk memadankan tetapan keselamatan penghala LAN wayarles dan tekan .
2
Masukkan kekunci rangkaian, pilih [<Guna>], dan tekan .
Apabila Menggunakan WPA-EAP atau WPA2-EAP
Pilih [WPA/WPA2-EAP] dan tekan .
Apabila Tidak Menggunakan Standard Keselamatan
Pilih [Tiada] dan tekan .
6
Pilih [Ya] dan tekan .
7
Apabila [Disambungkan.] dipaparkan pada panel kawalan, tekan .
Apabila mesin disambungkan ke LAN wayarles, [] muncul pada skrin [Rumah].
8
Tunggu beberapa minit.
Secara lalai, alamat IP ditetapkan secara automatik.
Untuk menggunakan alamat IP yang khusus, tetapkan ini secara manual.
Menetapkan Alamat IPv4
Menetapkan Alamat IPv6
Jika Mesej Ralat Muncul Semasa Operasi dan Sambungan Tidak Dapat Dilakukan
Tekan , periksa maklumat penghala LAN wayarles yang anda ingin sambungkan, dan ulangi prosedur ini bermula daripada Langkah 2.
C94U-01E