Teks atau Imej Menjadi Pudar
Lakukan pencarisilapan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
Langkah 1: Memeriksa Kertas
Adakah Anda Menggunakan Kertas yang Sesuai?
Periksa sama ada kertas di dalam mesin boleh digunakan, dan gantikannya dengan kertas yang sesuai, sebagaimana yang diperlukan.
Kertas yang Boleh DigunakanMemuatkan KertasLangkah 2: Periksa Persekitaran Penggunaan Mesin
Adakah Anda Menggunakan Mesin Dalam Persekitaran yang Suhunya Berubah Secara Mendadak?
Perubahan suhu secara mendadak boleh menyebabkan pemeluwapan, yang boleh mengakibatkan imej dan teks menjadi pudar atau kabur. Menetapkan [Mod Pengeluaran Titisan] kepada [Aktif] boleh menyelesaikan masalah ini.
* Semasa penyingkiran pemeluwapan, helaian kertas kosong mungkin dikeluarkan tanpa ia dicetak dengan betul. Jika anda menetapkan ini kepada [Aktif], anda boleh menetapkan sama ada mahu menyekat pencetakan ataupun tidak.
* Jika anda menetapkan ini kepada [Aktif], anda mesti memastikan mesin sentiasa hidup untuk menyingkirkan pemeluwapan secara berterusan. Tetapan Masa Penutupan Auto akan dinyahdayakan.
Adakah Anda Menggunakan Mesin Dalam Persekitaran yang Berkelembapan Rendah?
Menetapkan [Mod Kelembapan Rendah] kepada [Mod 1] boleh menyelesaikan masalah ini. Jika ini gagal, pilih [Mod 2].
* Mendayakan tetapan ini dalam persekitaran yang lembap boleh mengurangkan ketumpatan atau menyebabkan cetakan menjadi pudar.
Adakah Anda Menggunakan Mesin Dalam Persekitaran yang Lembap?
Menetapkan [Mod Kelembapan Tinggi] kepada [Aktif] boleh menyelesaikan masalah ini.
* Menetapkan ini kepada [Aktif] dalam persekitaran yang berkelembapan rendah boleh menyebabkan imej dan teks menjadi kabur.