Cetakan Kelihatan Pudar
Lakukan pencarisilapan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
Langkah 1: Memeriksa Kertas dan Kartrij Toner
Adakah Anda Menggunakan Kertas yang Sesuai?
Adakah Toner yang Dicetak Terkelupas Bergantung Pada Jenis Kertas atau Persekitaran Penggunaan?
Jika begitu, menetapkan [Pembaikan Pembetulan] kepada [Mod 1] boleh mengurangkan masalah ini. Jika ini gagal, pilih [Mod 2].
* Apabila tetapan ini didayakan, imej hantu mungkin kelihatan pada kawasan yang tidak dicetak.
Adakah Kartrij Toner Telah Mencapai Penghujung Jangka Hayatnya?
Bahagian di dalam kartrij toner mungkin telah rosak. Jika simptom ini berlaku, anda disyorkan untuk menggantikan kartrij toner tanpa mengira baki toner atau mesej yang dipaparkan.
Menggantikan Kartrij TonerLangkah 2: Memeriksa Persekitaran Penggunaan Mesin
Adakah Anda Menggunakan Mesin Dalam Persekitaran yang Suhunya Berubah Secara Mendadak?
Perubahan suhu secara mendadak boleh menyebabkan pemeluwapan, yang boleh mengakibatkan imej dan teks menjadi pudar atau kabur. Menetapkan [Mod Pengeluaran Titisan] kepada [Aktif] boleh menyelesaikan masalah ini.
* Semasa penyingkiran pemeluwapan, helaian kertas kosong mungkin dikeluarkan tanpa ia dicetak dengan betul. Jika anda menetapkan ini kepada [Aktif], anda boleh menetapkan sama ada mahu menyekat pencetakan ataupun tidak.
* Jika anda menetapkan ini kepada [Aktif], anda mesti memastikan mesin sentiasa hidup untuk menyingkirkan pemeluwapan secara berterusan. Tetapan penutupan autometik akan dinyahdayakan.
Adakah Mesin Dipasang di Lokasi yang Terdedah Kepada Angin Kuat Seperti daripada Penghawa Dingin?
Jika ya, tukar arah udara dan kelajuan penghawa dingin.
Jika ini tidak berkesan, menetapkan [Tukar Kaedah Suapan Kertas] kepada [Keutamaan Muka Pencetakan] boleh mengurangkan masalah ini.
* Apabila anda memilih [Keutamaan Muka Pencetakan], kelajuan pencetakan untuk pencetakan 1 muka akan berkurang.
Langkah 3: Periksa Tetapan Pemprosesan Khas
Adakah [Pemprosesan Khas] Telah Didayakan?
Jika begitu, menetapkan [Pemprosesan Khas] di bawah [Tak Aktif] boleh mengurangkan masalah ini. [Pemprosesan Khas][Mod Pengurangan Lekap Sampul] [Pembetulan Kertas Bergulung] [Mod Pgurangn Titisan (Pencetakan 2 Muka)] [Pembetulan Kosong] |
Adakah anda berulang kali mencetak data yang menggunakan banyak toner?
Menetapkan [Betulkan Kekosongan utk Cetakn Brturutan] kepada [Aktif] boleh menyelesaikan masalah ini.
* Apabila anda memilih [Aktif], kelajuan pencetakan mungkin berkurang.