Mengkonfigurasikan Tetapan Pengguna Cetakan IPP

Konfigurasikan tetapan ini jika anda mahu menguruskan pengguna yang disahkan melalui Pengesahan Pengguna dan kerja Cetakan IPP yang dikaitkan dengan mereka. Cetakan IPP masih boleh dijalankan tanpa mengkonfigurasikan tetapan ini.

Ditetapkan oleh Pengguna

1
Mulakan UI Kawalan Jauh.
2
Klik [Settings/Registration] pada halaman portal.
3
Klik [User Management]  [Authentication Management].
4
Masukkan [User Name or E-Mail Address for IPP Print] dalam [IPP Print Information].
Dalam [User Name or E-Mail Address for IPP Print], masukkan nama pengguna atau alamat e-mel yang digunakan dalam Cetakan IPP.

Ditetapkan oleh Pentadbir

1
Mulakan UI Kawalan Jauh.
2
Klik [Settings/Registration] pada halaman portal.
3
Klik [User Management]  [Authentication Management].
4
Klik [Edit...] untuk pengguna ditetapkan.
Jika pengguna Cetakan IPP tidak didaftarkan
Klik [Add User] dan daftarkan maklumat pengguna. Apabila mendaftarkan maklumat pengguna, masukkan [User Name or E-Mail Address for IPP Print] [IPP Print Information].
5
Masukkan [User Name or E-Mail Address for IPP Print] dalam [IPP Print Information].
Dalam [User Name or E-Mail Address for IPP Print], masukkan nama pengguna atau alamat e-mel yang digunakan dalam Cetakan IPP.
6
Klik [Update].

Ditetapkan oleh Pentadbir Menggunakan Fail CSV

Anda boleh mengaitkan pengguna Pengesahan Pengguna dan akaun Microsoft 365 dengan mengedit fail CSV.
1
Mulakan UI Kawalan Jauh.
2
Klik [Settings/Registration] pada halaman portal.
3
Klik [User Management]  [Authentication Management]  [IPP Print Settings].
4
Klik [Start Exporting].
Jika tiada maklumat pengguna yang dikaitkan dengan Cetakan IPP, anda tidak boleh mengkonfigurasikan tetapan menggunakan fail CSV. Klik [Add Association...] (Tambahkan Perkaitan...), tambahkan pengguna yang berkaitan dan kemudian klik [Start Exporting] (Mula Mengeksport).
5
Mengedit fail CSV yang dieksport
Masukkan nama pengguna yang didaftarkan dalam “uid”.
Dalam “ipp_user_name”, masukkan nama pengguna atau alamat e-mel yang digunakan dalam Cetakan IPP.
6
Klik [Import...] dan tentukan fail yang diedit dalam langkah 5.
7
Klik [Start Importing].
ECKW-008