Tetingkap Status Pencetak

Tetingkap Status Pencetak ialah utiliti yang membolehkan anda untuk memeriksa status mesin, melihat maklumat ralat dan membuat tetapan yang berkaitan dengan mesin, seperti tetapan penjimatan kuasa. Anda juga boleh menggunakannya untuk operasi seperti membatalkan kerja cetakan atau mencetak senarai tetapan mesin. Utiliti Tetingkap Status Pencetak dipasang pada komputer anda secara automatik apabila anda memasang pemacu pencetak. Untuk maklumat lanjut, lihat Panduan Pemasangan Pemacu Pencetak.

Memaparkan Tetingkap Status Pencetak

Pilih mesin dengan mengklik dalam dulang sistem.
Paparan Automatik Tetingkap Status Pencetak
Tetingkap Status Pencetak dipaparkan secara automatik apabila ralat berlaku ketika mencetak.
Anda boleh mengubah tetapan yang menentukan masa Tetingkap Status Pencetak dipaparkan secara automatik. Ubah tetapan tersebut dengan menu [Pilihan]  [Keutamaan (Pengguna)] atau kotak dialog [Keutamaan (Pentadbir)] bagi Tetingkap Status Pencetak. Untuk butiran, lihat Bantuan. Menu[Bantuan]
Jika anda menggunakan Windows 8/Server 2012
Paparkan Tetingkap Status Pencetak selepas berpindah ke desktop.

Bahagian Skrin dan Fungsinya

Seksyen ini menyediakan garis kasar mengenai skrin utama. Untuk penerangan terperinci mengenai kotak dialog yang boleh dipaparkan dengan kawalan dan menu di skrin ini, lihat Bantuan. Menu[Bantuan]

Menu [Kerja]

Membenarkan anda untuk memeriksa dokumen yang sedang dicetak atau menunggu. Anda juga boleh memilih dokumen dan membatalkan pencetakan.

Menu [Pilihan]

Membenarkan anda untuk melaksanakan fungsi penyelenggaraan, seperti mencetak senarai tetapan atau membersihkan unit penetapan dan untuk membuat tetapan mesin, seperti tetapan penjimatan kuasa. Anda juga boleh menyemak maklumat seperti jumlah halaman yang dicetak.

Menu[Bantuan]

Memaparkan Bantuan tentang Tetingkap Status Pencetak dan maklumat versi.
Anda juga boleh memaparkan Bantuan Tetingkap Status Pencetak dengan mengklik butang [Bantuan] dalam pelbagai kotak dialog. Walau bagaimanapun, sesetengah kotak dialog tidak mempunyai butang [Bantuan].

Bar Alat

 (Baris Gilir Cetakan)
Memaparkan baris gilir cetakan, iaitu fungsi Windows. Lihat Bantuan Windows untuk maklumat lanjut tentang baris gilir cetakan.
 (Segar Semula)
Menyegarkan semula Tetingkap Status Pencetak dengan maklumat terkini.
 (Maklumat Barang Guna Habis)
Anda boleh memeriksa jumlah baki di dalam kartrij toner.
 (Status LAN Wayarles)
Membenarkan anda untuk memeriksa status sambungan (kekuatan isyarat) LAN wayarles.
 (UI Jauh)
Memulakan Remote UI. Menggunakan Remote UI

Kawasan animasi

Memaparkan animasi dan ilustrasi mengenai status mesin. Selepas ralat berlaku, kawasan ini juga mungkin memaparkan penerangan mudah tentang cara menangani ralat tersebut.

Ikon

Memaparkan ikon yang menunjukkan status mesin. Status normal adalah tetapi apabila ralat berlaku, paparan berubah kepada salah satu daripada / / , bergantung pada mesej.

Kawasan mesej

Memaparkan mesej mengenai status mesin. Jika ralat atau amaran berlaku, kawasan ini memaparkan penerangan di bawah mesej ralat atau amaran, bersama-sama dengan maklumat tentang cara menangani masalah tersebut. Apabila Mesej Ralat Muncul

[Butiran Penyelesaian Masalah]

Memaparkan maklumat penyelesaian masalah bagi masalah yang diterangkan oleh mesej.

[Maklumat Kerja Cetak]

Memaparkan maklumat tentang dokumen yang sedang dicetak.

 (Batalkan Kerja)

Membatalkan pencetakan dokumen yang sedang dicetak.

 (Teruskan/Cuba Semula)

Apabila ralat berlaku, tetapi pencetakan boleh diteruskan, butang ini membolehkan anda untuk membersihkan ralat dan meneruskan pencetakan. Walau bagaimanapun, jika anda menggunakan fungsi Sambung/Cuba semula untuk meneruskan pencetakan, halaman separa dicetak atau pencetakan tidak wajar lain mungkin berlaku.

[Capai Laman Pembelian]

Jika anda klik [Capai Laman Pembelian] pilih negara atau wilayah anda  klik [OK], halaman laman Web Canon dipaparkan yang membolehkan anda mencari maklumat untuk membeli guna habis.

Bar status

Memaparkan destinasi sambungan (nama port) bagi Tetingkap Status Pencetak.
111X-00F