Memuatkan Kertas Pracetak

Apabila anda menggunakan kertas yang telah dicetak dengan logo atau maklumat lain, ambil perhatian kepada orientasi kertas ketika memuatkannya. Muatkan kertas mengikut tataletak dan kaedah cetakan supaya dokumen dicetak pada muka kertas yang berlogo dalam orientasi yang betul.
Seksyen ini menerangkan bagaimana untuk memuatkan kertas pracetak dalam orientasi yang betul dan muka yang menghadap ke atas yang betul. Untuk perihalan lengkap prosedur bagi memuatkan kertas dalam laci atau dulang pelbagai guna, lihat berikut.
Memuatkan Kertas di Dalam Laci
Memuatkan Kertas di Dalam Dulang Pelbagai Guna
 
Membuat Cetakan 1 Muka Kertas Berlogo

Muatkan kertas dengan muka berlogo (muka untuk mencetak dokumen) menghadap ke atas.
Apabila memuatkan kertas dalam dulang pelbagai guna, hanya sehelai kertas boleh dimuatkan pada satu-satu masa.
Mencetak Kertas Berlogo dalam Orientasi Potret
Mencetak Kertas Berlogo dalam Orientasi Landskap
 
Membuat Cetakan 2 Muka Kertas Berlogo 

Muatkan muka berlogo (muka untuk mencetak halaman pertama dokumen) menghadap ke bawah.

111X-00W