Bagaimana Mengganti Kartrij Toner
1
Tutup penahan kertas, dan kemudian buka penutup atas.
2
Keluarkan kartrij toner.
3
Keluarkan kartrij toner baru daripada beg pelindung.
4
Goncangkan kartrij toner 5 atau 6 kali seperti yang ditunjukkan di bawah untuk mengagihkan sama rata toner di dalam kartrij, dan kemudian letakkannya di atas permukaan rata.
5
Tarik keluar secara lurus perekat penutup.
Panjang penuh perekat penutup adalah kira-kira 50 cm.
Apabila menarik keluar perekat penutup
Jika sebarang perekat penutup tertinggal di dalam kartrij toner, kualiti cetakan mungkin menurun.
Jangan tarik perekat penutup secara menyenget. Jika perekat penutup putus, anda mungkin tidak dapat menariknya keluar sepenuhnya.
Jika perekat penutup tersekat ketika menariknya, teruskan menarik sehingga ia tertanggal dengan sepenuhnya.
6
Gantikan kartrij toner.
7
Tutup penutup atas.