Menukar Unit Penghantaran Maksimum

Dalam kebanyakan rangkaian Ethernet, saiz maksimum paket yang boleh dihantar ialah 1500 bait. Paket merujuk kepada sebahagian kecil data. Data asal dibahagikan kepada beberapa paket sebelum dihantar. Unit penghantaran maksimum (MTU) mungkin berbeza pada setiap rangkaian. Ubah tetapan mesin sebagaimana yang diperlukan. Untuk maklumat lanjut, hubungi pentadbir rangkaian anda.
1
Hidupkan Remote UI dan log masuk Mod Pengurus Sistem. Memulakan Remote UI
2
Klik [Settings/Registration].
3
Klik [Network Settings]  [TCP/IP Settings].
4
Klik [Edit] dalam [MTU Size Settings].
5
Pilih saiz paket maksimum dan kemudian klik [OK].
111X-02A