Menetapkan Masa Menunggu untuk Menyambung ke Rangkaian

Apabila rangkaian direka dengan hab pensuisan berbilang atau jejambat untuk menyediakan kesambungan yang lewah, ia perlu mempunyai mekanisme untuk mengelakkan paket daripada tergelung. Satu cara yang berkesan adalah mentakrifkan tugas setiap suis port. Walau bagaimanapun, komunikasi mungkin masih terganggu buat seketika sejurus selepas anda menukar rangkaian, contohnya dengan menambah peranti baru. Jika masalah jenis ini berlaku, tetapkan masa menunggu untuk menyambungkan mesin ke rangkaian.
1
Hidupkan Remote UI dan log masuk Mod Pengurus Sistem. Memulakan Remote UI
2
Klik [Settings/Registration].
3
Klik [Network Settings]  [Waiting Time for Connection at Startup].
4
Klik [Edit].
5
Masukkan masa untuk menunggu sebelum memulakan komunikasi dengan rangkaian, dan kemudian klik [OK].
111X-02C