Menetapkan Kata Laluan Pengurus Sistem

Hak capaian pentadbir diperlukan untuk mengubah tetapan mesin daripada Remote UI. Selepas mengelog masuk sebagai pentadbir, gunakan prosedur berikut untuk menetapkan PIN (kata laluan pengurus sistem). Kata laluan pengurus sistem adalah kritikal bagi keselamatan mesin tersebut. Pastikan hanya pengurus sistem mengetahui kata laluan pengurus sistem.
1
Hidupkan Remote UI dan log masuk Mod Pengurus Sistem. Memulakan Remote UI
2
Klik [Settings/Registration].
3
Klik [System Management]  [Edit].
4
Pilih kotak semak [Set System Manager PIN] dan masukkan PIN.
[Set System Manager PIN]
Pilih kotak semak untuk menetapkan PIN Pengurus Sistem. Kosongkan kotak semak jika anda tidak ingin menetapkan PIN.
[Set/Change PIN]
Untuk menetap atau mengubah PIN, pilih kotak semak dan masukkan nombor sehingga 7 digit. Masukkan nombor yang sama dalam kedua-dua kotak teks [PIN] dan [Confirm].
Anda tidak boleh mendaftar PIN yang hanya terdiri daripada sifar, seperti "00" atau "0000000".
Untuk mengosongkan tetapan PIN, pilih kotak semak [Set/Change PIN] dan klik [OK] dengan kotak teks [PIN] dan [Confirm] kosong.
5
Masukkan nama dan maklumat kenalan pengurus sistem sebagaimana yang diperlukan, dan klik [OK].
[System Manager Name]
Masukkan sehingga 32 aksara abjad angka untuk nama pengurus sistem.
[Contact Information]
Masukkan sehingga 32 aksara abjad angka untuk maklumat kenalan pengurus sistem.
[E-Mail Address]
Masukkan sehingga 64 aksara abjad angka untuk alamat e-mel pengurus sistem.
[System Manager Comment]
Masukkan sehingga 32 aksara abjad angka untuk komen mengenai pengurus sistem.
Sila pastikan anda mengingati PIN yang telah ditetapkan. Jika anda terlupa PIN, hubungi pengedar Canon tempatan yang sah atau talian bantuan Canon.
111X-02R