Mendaftar Destinasi dalam Buku Alamat

Seksyen ini menerangkan cara mendaftar destinasi dari panel operasi. Anda juga boleh menggunakan Remote UI untuk mendaftar destinasi. Daftarkan Destinasi dari UI Kawalan Jauh
1
Pilih <Buku Alamat> dalam skrin Rumah. Skrin Rumah
2
Pilih <Daftar Dest.>
Jika skrin yang muncul menggesa anda memasukkan PIN, masukkan PIN untuk Buku Alamat dan pilih <Guna>. Menyekat Penggunaan Buku Alamat
3
Pilih jenis alamat untuk didaftarkan.
Mendaftar destinasi dengan pelayan LDAP
Jika pejabat anda dipasang dengan pelayan LDAP, anda boleh membuat carian untuk mencari maklumat pengguna pada pelayan dan mendaftarnya dalam Buku Alamat.
Untuk membuat pendaftaran daripada pelayan LDAP, anda perlu menentukan tetapan untuk menyambung ke pelayan LDAP terlebih dahulu. Mendaftar Pelayan LDAP
Mendaftar destinasi daripada tetapan panggil semula
Jika tetapan panggil semula disediakan, anda boleh memilih <Panggil Sml Ttpn> dan mendaftar destinasi.
4
Pilih <Nama>.
Mendaftar <Nama> adalah pilihan. Jika anda mendaftar <Nama>, destinasi boleh dicari mengikut abjad.
5
Masukkan nama dan pilih <Guna>.
Bagaimana untuk masukkan teks, lihat Memasukkan Teks.
6
Pilih <Nombor Faks>, <Alamat E-Mel> atau <Alamat I-Faks>.
7
Masukkan destinasi dan pilih <Guna>.
Membuat tetapan terperinci (hanya apabila didaftarkan untuk faks)
8
Pilih <Daftar Sebagai>.
9
Pilih <Kegemaran> atau <Dail Berkod>.
Jika anda memilih <Dail Berkod>, pilih bilangan destinasi atau pilih <Guna KkunciAngka> dan masukkan bilangan destinasi.
10
Pilih <Guna>.
Anda boleh membuat satu kumpulan destinasi yang sudah berdaftar dalam Buku Alamat dan mendaftarkannya sebagai satu destinasi. Untuk maklumat lanjut, lihat Mendaftar Berbilang Destinasi sebagai satu Kumpulan.
Apabila anda mahu mengubah atau memadamkan item maklumat mengenai destinasi yang berdaftar dalam Buku Alamat, lihat Mengedit Destinasi Berdaftar dalam Buku Alamat.
29WY-03K