Menyambung Secara Terus (Mod Titik Akses)

Walaupun dalam persekitaran tanpa penghala LAN wayarles, menggunakan "Mod Titik Akses" yang boleh menyambung peranti mudah alih secara terus ke mesin secara tanpa wayar, membolehkan anda menyambung peranti mudah alih di tangan ke mesin tanpa tetapan yang sukar.
 

Persediaan untuk Sambungan Terus (Mod Titik Akses)

Wujudkan sambungan dengan menggunakan Mod Titik Akses dalam susunan berikut.
 
 
Semak tetapan rangkaian bagi mesin.
Tetapkan alamat IPv4. Menetapkan Alamat IPv4
 
 
 
 
Menyediakan peranti mudah alih
Konfigurasikan tetapan untuk menyambung peranti mudah alih ke Wi-Fi.
 
 
Letakkan mesin dalam status tunggu sedia sambungan.
<Menu> <Keutamaan> <Rangkaian> <Tetapan Sambungan Langsung>  menetapkan <Guna Smbungan Langsung> kepada <Aktif>.
Menentukan nilai untuk masa sehingga penamatan auto
Anda boleh menentukan masa untuk mewujudkan sambungan secara automatik apabila sambungan terus didayakan. <Penamatan Sambungn Langsng>
Menyambung berbilang peranti mudah alih pada masa yang sama
Konfigurasikan SSID/kunci rangkaian mesin secara abritari. <Tetapan Mod Titik Capaian>
Canon PRINT Business
Untuk maklumat mengenai sistem pengendalian yang serasi dengan Canon PRINT Business, prosedur tetapan terperinci dan prosedur pengendalian, sila lihat Bantuan aplikasi atau laman web Canon (http://www.canon.com/gomp/).

Menyambung Secara Terus

Ia mungkin mengambil masa sehingga sambungan mesin dan peranti mudah alih diwujudkan.

Menyambung Secara Manual

1
Pilih <Portal Mudah Alih> dalam skrin Rumah. Skrin Rumah
Apabila sebarang peranti mudah alih sudah disambungkan, teruskan ke langkah 3.
2
Pilih <Sambung>.
3
Konfigurasikan tetapan Wi-Fi dari peranti mudah alih menggunakan SSID dan maklumat kunci rangkaian yang muncul pada skrin.
4
Apabila pengendalian sasaran dilengkapkan, pilih <PutusknSmbgn>.

Menyambung Menggunakan Kod QR

1
Pilih <Portal Mudah Alih> dalam skrin Rumah. Skrin Rumah
Apabila sebarang peranti mudah alih sudah disambungkan, teruskan ke langkah 3.
2
Pilih <Sambung>.
3
Pilih <Kod QR>.
4
Lancarkan Canon PRINT Business pada peranti mudah alih. Menggunakan Mesin menerusi Aplikasi
5
Baca kod QR pada yang dipaparkan pada skrin menggunakan peranti mudah alih.
6
Apabila pengendalian sasaran dilengkapkan, kemudian pilih <PutusknSmbgn>.

Menyambung Menggunakan NFC (Android)

Sebelum menggunakan NFC, semak sama ada <Gunakan NFC> ditetapkan kepada <Aktif>. <Gunakan NFC>
1
Pilih <Portal Mudah Alih> dalam skrin Rumah. Skrin Rumah
Apabila sebarang peranti mudah alih sudah disambungkan, teruskan ke langkah 3.
2
Pilih <Sambung>.
3
Lancarkan Canon PRINT Business pada peranti mudah alih. Menggunakan Mesin menerusi Aplikasi
4
Dayakan tetapan NFC bagi peranti mudah alih.
5
Alihkan peranti mudah alih lebih dekat dengan tanda NFC mesin. Panel Operasi
6
Apabila pengendalian sasaran dilengkapkan, kemudian pilih <PutusknSmbgn>.
Pilih <Maklumat Smbgn> pada skrin <Smbgn Langsung> untuk menyemak peranti mudah alih yang bersambung.
Semasa menyambung melalui sambungan terus, anda mungkin tidak dapat menyambung ke Internet bergantung pada peranti mudah alih yang anda gunakan.
Jika sambungan wayarles dari peranti mudah alih tidak dilakukan dalam masa 5 minit ketika SSID dan kunci rangkaian dipaparkan, status menunggu sambungan ditamatkan.
Jika status tanpa penghantaran data antara peranti mudah alih dan mesin berterusan semasa komunikasi dengan sambungan terus, komunikasi mungkin berakhir.
Prestasi penjimatan kuasa bagi mod tidur menurun semasa menyambung melalui sambungan terus.
Jika mesin digunakan dengan LAN wayarles, anda perlu memastikan mesin disambungkan ke LAN wayarles apabila menggunakan sambungan terus. Apabila mesin tidak disambungkan ke LAN wayarles atau proses sambungan belum selesai lagi, proses sambungan terus tidak boleh bermula, Jika sambungan antara mesin dan LAN wayarles hilang semasa komunikasi melalui sambungan terus, komunikasi mungkin terputus.
Apabila anda menyelesaikan pengendalian yang diingini, pastikan anda memutuskan sambungan antara mesin dan peranti mudah alih. Jika ia kekal bersambung, prestasi penjimatan kuasa bagi mod tidur menurun.
Jika anda menggunakan sambungan terus, jangan tetapkan alamat IP secara manual pada peranti mudah alih. Berbuat demikian boleh menghalang komunikasi yang betul selepas menggunakan sambungan terus.
29WY-06C