Menetapkan Tarikh/Masa

Tetapkan tarikh dan masa untuk mesin. Tarikh dan masa digunakan sebagai rujukan untuk fungsi menentukan masa. Oleh itu, ia perlu ditetapkan dengan tepat.

Menetapkan Zon Waktu

Jika tetapan zon waktu diubah, nilai ditetapkan dalam <Tetapan Tarikh/Masa Semasa> juga diubah sewajarnya.
1
Pilih <Menu> dalam skrin Rumah. Skrin Rumah
2
Pilih <Keutamaan> <Tetapan Pemasa/Tenaga> <Tetapan Tarikh/Masa> <Zon Masa>.
3
Pilih zon waktu.
Apakah itu UTC?
Waktu Universal Selaras (UTC) merupakan standard waktu utama di mana dunia melaraskan jam dan masa. Perbezaan masa wujud bergantung pada negara dan kawasan di mana mesin digunakan. Tetapan zon waktu UTC yang betul diperlukan untuk komunikasi Internet.

Menetapkan Tarikh dan Masa Semasa

1
Pilih <Menu> dalam skrin Rumah. Skrin Rumah
2
Pilih <Keutamaan> <Tetapan Pemasa/Tenaga>  <Tetapan Tarikh/Masa Semasa>.
3
Masukkan tarikh dan masa.
Ketik medan entri dan masukkan tarikh dan masa.
4
Pilih <Guna>.
Tetapkan <Zon Masa> sebelum menetapkan tarikh dan masa semasa. Jika tetapan <Zon Masa> diubah, tarikh dan masa semasa juga diubah dengan sewajarnya.
Format paparan tarikh dan masa masing-masing boleh diubah.
<Format Tarikh>
<Format Masa>

Menetapkan Waktu Jimat Siang

Jika waktu jimat siang didayakan, tentukan tarikh mula dan tarikh akhir bagi penguatkuasaan waktu jimat siang.
1
Pilih <Menu> dalam skrin Rumah. Skrin Rumah
2
Pilih <Keutamaan> <Tetapan Pemasa/Tenaga> <Tetapan Tarikh/Masa> <Tetapan Waktu Jimat Siang>.
3
Pilih <Tak Akt> atau <Aktif> dalam <Waktu Jimat Siang>.
Apabila anda memilih <Aktif>, pilih <Tarikh Mula> dan <Tarikh Tamat>, dan tetapkan bulan dan hari untuk setiap item. Untuk menetapkan hari, tentukan "hari apa minggu mana."
4
Pilih <Guna>.
29WY-005