Memasang Pemacu

Pasang pelbagai pemacu dan perisian yang berkaitan pada komputer anda.
1
Buat persediaan yang perlu sebelum meneruskan pemasangan.
Pasang peranti pilihan pada unit utama terlebih dahulu. Peralatan Pilihan
Jika mesin dibekalkan dengan CD-ROM/DVD-ROM, masukkan CD-ROM/DVD-ROM ke dalam pemacu komputer.
Anda boleh memuat turun pemacu dan perisian yang akan anda gunakan daripada laman web Canon (http://www.canon.com/).
Apabila versi baru pemacu dan perisian tersedia, ia akan dimuat naik ke laman web Canon. Anda boleh memuat turunnya seperti yang diperlukan selepas menyemak keperluan sistemnya.
Bergantung pada keadaan mesin atau persekitaran anda, sesetengah fungsi mungkin tidak tersedia.
Sesetengah pemacu tidak disokong bergantung pada OS. Untuk maklumat lanjut tentang status OS terkini yang disokong, lihat laman web Canon.
2
Teruskan dengan pemasangan.
Untuk maklumat lanjut tentang prosedur pemasangan, lihat manual untuk pemacu dan perisian yang akan anda gunakan.
Pemasangan pemacu tidak boleh dilakukan jika penghantaran dan penerimaan alamat IP tidak dibenarkan dalam [Firewall Settings]. Untuk maklumat lanjut, lihat Mengkhususkan Alamat IP untuk Tetapan Firewall.
Jika penghantaran dan penerimaan alamat IP komputer yang dipasangkan pemacu dinyahdayakan oleh [Firewall Settings], ia tidak lagi dapat melakukan pencetakan atau menghantar faks daripada komputer tersebut.
29WY-019