Memuatkan Sampul

Pastikan untuk meratakan sebarang gulungan pada sampul sebelum memuatkannya. Juga ambil perhatian kepada orientasi sampul dan muka yang mana menghadap ke atas.
Seksyen ini menerangkan cara untuk memuatkan sampul dalam orientasi yang anda ingini, serta prosedur yang anda perlu lengkapkan sebelum memuatkan sampul. Untuk perihalan prosedur am bagi memuatkan sampul dalam laci kertas atau dulang pelbagai guna, lihat Memuatkan Kertas di Dalam Laci Kertas atau Memuatkan Kertas di Dalam Dulang Pelbagai Guna.

Sebelum Memuatkan Sampul

Ikut prosedur di bawah untuk menyediakan sampul sebelum memuatkannya.
Pada MF645Cx / MF643Cdw / MF641Cw, hanya satu sampul boleh dimuatkan pada satu-satu masa dalam slot suapan manual. Ikut langkah 1 hingga 3 dalam prosedur di bawah bagi menyediakan sampul untuk pemuatan.
1
Tutup kelepak setiap sampul.
2
Ratakannya untuk melepaskan sebarang baki udara dan pastikan bahawa tepinya ditekan dengan ketat.
3
Longgarkan sebarang sudut kekok bagi sampul dan ratakan sebarang gulungan.
4
Jajarkan tepi sampul di atas permukaan yang rata.

Dalam Laci Kertas

Muatkan sampul Monarch, COM10, DL atau ISO-C5 dalam orientasi potret (dengan sisi panjang pada bahagian satu lagi), dengan muka yang tidak digamkan (muka depan) menghadap ke atas. Anda tidak boleh mencetak pada muka belakang sampul.
Muatkan sampul supaya sisi berkelepak menghala ke sebelah kiri sebagaimana yang ditunjukkan dalam ilustrasi.

Dalam Dulang Pelbagai Guna

Muatkan sampul Monarch, COM10, DL atau ISO-C5 dalam orientasi potret (dengan sisi pendek menghadap ke mesin), dengan muka yang tidak digamkan (muka depan) menghadap ke atas. Anda tidak boleh mencetak pada muka belakang sampul.
Muatkan sampul supaya sisi berkelepak menghala ke sebelah kiri sebagaimana yang ditunjukkan dalam ilustrasi.
MF746Cx
 
MF645Cx / MF643Cdw / MF641Cw
 
51SF-031