Mengehadkan Destinasi Yang Tersedia

Anda boleh mencegah penghantaran faks atau data yang diimbas secara tidak sengaja dan kebocoran maklumat dengan tidak membenarkan pengguna menggunakan destinasi dalam log fungsi hantar dan dengan menghadkan destinasi hantar kepada yang didaftarkan dalam Buku Alamat atau pelayan LDAP.
Anda tidak boleh menghadkan destinasi untuk faks yang dihantar melalui komputer.
Walaupun apabila penggunaan destinasi atau destinasi baharu daripada log fungsi hantar adalah dilarang, pengguna boleh menghantar faks dari komputer (menghantar faks guna PC) ke destinasi pilihan mereka. Untuk mengehadkan destinasi yang ada dengan lebih ketat, anda juga mesti melarang penghantaran faks dari komputer. Melarang Penghantaran Faks dari Komputer

Melarang Penggunaan Destinasi dalam Log Hantar

Elakkan menentukan destinasi dalam Log Kerja TX bagi kerja imbas atau faks.
Bahagian ini menerangkan cara untuk mengkonfigurasi tetapan menggunakan UI Jarak Jauh daripada komputer.
Pada panel operasi, pilih [Menu] di skrin [Rumah], dan kemudian pilih [Tetapan Fungsi] untuk mengkonfigurasi tetapan ini. [Hadkn Mnghantar Sml dpd Log]
Kelayakan pentadbir diperlukan.
1
Log masuk ke UI Jarak Jauh dalam Mod Pengurus Sistem. Memulakan UI Jarak Jauh
2
Di halaman Portal UI Jarak Jauh, klik [Settings/Registration]. Halaman Portal UI Jarak Jauh
3
Klik [TX Settings] [Common Settings] [Edit].
Skrin [Edit Common Settings] dipaparkan.
4
Di [Common Settings], pilih kotak semak [Restrict Resending from Log].
5
Klik [OK].
Tetapan telah digunakan.
6
Log keluar daripada UI Jarak Jauh.

Menghantar Hanya ke Destinasi Berdaftar

Ini menghadkan destinasi hantar yang tersedia kepada yang berikut:
Destinasi dalam Buku Alamat.
Destinasi didaftarkan ke pelayan LDAP
Apabila fungsi ini didayakan, pengguna tidak dapat memasukkan destinasi menggunakan kekunci angka atau mendaftar atau mengedit Buku Alamat. Sebagai tambahan, Log Kerja TX yang direkodkan sebelum mendayakan fungsi ini akan dipadamkan, hanya meninggalkan destinasi yang tersedia di atas di Log Kerja TX.
Bahagian ini menerangkan cara untuk mengkonfigurasi tetapan menggunakan UI Jarak Jauh daripada komputer.
Pada panel operasi, pilih [Menu] di skrin [Rumah], dan kemudian pilih [Tetapan Fungsi] untuk mengkonfigurasi tetapan ini. [Hadkan Destinasi Baharu]
Kelayakan pentadbir diperlukan.
1
Log masuk ke UI Jarak Jauh dalam Mod Pengurus Sistem. Memulakan UI Jarak Jauh
2
Di halaman Portal UI Jarak Jauh, klik [Settings/Registration]. Halaman Portal UI Jarak Jauh
3
Klik [TX Settings] [Restrict New Destinations] [Edit].
Skrin [Edit Settings for New Destinations Restrictions] dipaparkan.
4
Pilih kotak semak [Restrict New Destinations].
5
Klik [OK].
Tetapan telah digunakan.
6
Log keluar daripada UI Jarak Jauh.
8KKC-08L