Menyimpan Dokumen Yang Diterima di Mesin (Kunci Memori)

Kunci Memori menyimpan sementara faks yang diterima dalam memori mesin tanpa mencetaknya dengan segera.
Faks yang disimpan dalam memori boleh dicetak kemudian, dengan itu mengelakkan pencetakan dokumen yang dicetak tanpa pengawasan dan pencurian maklumat. Di samping itu, faks yang tidak diperlukan dapat dipadamkan tanpa mencetak untuk membantu menjimatkan kertas.

Menetapkan Kunci Memori

Bahagian ini menerangkan cara untuk mengkonfigurasi tetapan menggunakan UI Jarak Jauh daripada komputer.
Pada panel operasi, pilih [Menu] di skrin [Rumah], dan kemudian pilih [Tetapan Fungsi] untuk mengkonfigurasi tetapan ini. [Tetapan Kunci Ingatan Faks]
Kelayakan pentadbir diperlukan.
1
Log masuk ke UI Jarak Jauh dalam Mod Pengurus Sistem. Memulakan UI Jarak Jauh
2
Di halaman Portal UI Jarak Jauh, klik [Settings/Registration]. Halaman Portal UI Jarak Jauh
3
Di [RX/Forwarding Settings], klik [Common Settings].
Skrin [Common Settings] dipaparkan.
4
Di [Memory Lock Settings], klik [Edit].
Skrin [Edit Memory Lock Settings] dipaparkan.
5
Pilih kotak semak [Use Memory Lock].
6
Konfigurasikan fungsi yang berkaitan Kunci Memori, sebagaimana diperlukan.
Untuk mendayakan pratonton faks
Pilih kotak semak [Use Fax Preview].
Anda boleh pratonton faks di UI Jarak Jauh. Apabila anda mendayakan pratonton, anda juga dapat melihat butiran faks tersebut dan mencetak dengan tetapan Kunci Memori didayakan.
* Ini tidak boleh ditetapkan pada masa yang sama seperti [Specify Memory Lock Time].
Untuk mencetak Laporan Keputusan RX untuk memberikan pemberitahuan mengenai Kunci Memori
Pilih kotak semak [Print Report].
* Untuk menggunakan fungsi ini, Laporan Keputusan RX mesti didayakan. Mencetak dan Melihat Laporan dan Senarai
Untuk mendayakan Kunci Memori pada tempoh masa yang ditentukan
Pilih kotak semak [Specify Memory Lock Time] dan masukkan masa mula dan tamat.
7
Klik [OK].
Tetapan telah digunakan.
8
Log keluar daripada UI Jarak Jauh.
Apabila Kunci Memori dinyahdayakan, semua faks disimpan dalam memori dicetak secara automatik. Kunci Memori dinyahdayakan dalam kes berikut:
Apabila kotak semak [Use Memory Lock] dikosongkan
Apabila masa tamat bagi [Specify Memory Lock Time] telah dicapai

Melihat dan Mencetak Faks Yang Disimpan Dalam Memori

Apabila anda mendayakan pratonton dalam Kunci Memori, anda dapat melihat butiran faks dan mencetak dengan tetapan Kunci Memori didayakan.
Bahagian ini menerangan cara untuk melihat maklumat ini dan mencetak menggunakan UI Jarak Jauh dari komputer.
Di panel operasi, tekan [Pgawas Status] di skrin [Rumah] untuk melihat maklumat ini. Anda tidak boleh menggunakan panel operasi untuk melihat beberapa item. Selain itu, anda tidak boleh menggunakan panel operasi untuk mencetak dokumen. Memeriksa Status dan Log untuk Faks Yang Dihantar dan Diterima
Kelayakan pentadbir diperlukan.
1
Log masuk ke UI Jarak Jauh dalam Mod Pengurus Sistem. Memulakan UI Jarak Jauh
2
Di halaman Portal UI Jarak Jauh, klik [Status Monitor/Cancel]. Halaman Portal UI Jarak Jauh
3
Di [RX], klik [Job Status].
Skrin [RX: Job Status] dipaparkan.
4
Lihat atau cetak faks.
Apabila anda klik nombor kerja, skrin [Job Details] dipaparkan. Anda boleh melihat masa penerimaan dan bilangan halaman, dan pratonton faks ini.
Apabila anda klik [Print All], semua faks yang disimpan dalam memori dicetak.
5
Log keluar daripada UI Jarak Jauh selepas melihat maklumat atau mencetak.
8KKC-090