Memeriksa Status dan Tetapan Rangkaian

Anda boleh menjalankan ujian sambungan dengan peranti dalam rangkaian untuk memeriksa sama ada mesin disambungkan ke rangkaian dengan betul.
Alamat IP mesin dan maklumat alamat MAC diperlukan untuk menggunakan UI Jarak Jauh dan mengkonfigurasikan tetapan tembok api. Periksa tetapan semasa ini.
Jika alamat IP dipaparkan sebagai "0.0.0.0," ia tidak dikonfigurasi dengan betul. Tetapkan alamat IP semula.
Menetapkan Alamat IPv4
Menetapkan Alamat IPv6
Menyambungkan mesin ke hub peralihan, misalnya, dapat mencegah sambungan ke rangkaian walaupun alamat IP dikonfigurasikan dengan betul. Dalam keadaan ini, tetapkan masa tunggu sehingga mesin mula berkomunikasi dan cuba sambungkan semula. [MasaTungguutkSmbngndiMula]
Anda boleh mencetak Senarai Data Pengurus Sistem untuk melihat tetapan rangkaian. Mencetak dan Melihat Laporan dan Senarai

Memeriksa Sama ada Mesin Boleh Menyambung kepada Peranti Rangkaian

Dalam penyemak imbas Web komputer yang disambungkan ke rangkaian, masukkan alamat IPv4 atau IPv6 mesin. Jika skrin log masuk UI Jarak Jauh dipaparkan, mesin disambungkan dengan betul ke rangkaian.Memulakan UI Jarak Jauh
Apabila menggunakan alamat IPv4, anda boleh menggunakan prosedur berikut untuk menghantar perintah ping dari panel operasi untuk memeriksa sama ada mesin dapat menyambung ke peranti rangkaian.
Persediaan Yang Diperlukan
Sediakan alamat IPv4 peranti dalam rangkaian yang ingin anda sambungkan dan simpankannya berdekatan.
1
Di panel operasi, tekan [Menu] di skrin [Rumah]. Skrin [Rumah]
2
Tekan [Keutamaan] [Rangkaian] [Tetapan TCP/IP] [Tetapan IPv4] [Arahan PING].
Jika skrin log masuk dipaparkan, masukkan ID dan PIN Pengurus Sistem, dan kemudian tekan [Log Masuk]. ID dan PIN Pengurus Sistem
3
Masukkan alamat IPv4 peranti rangkaian, dan tekan [Guna].
Jika mesin disambungkan dengan betul ke rangkaian, [Terima respons daripada hos.] muncul.

Melihat alamat IP yang ditetapkan pada mesin

Anda boleh melihat tetapan alamat IP yang ditetapkan pada mesin seperti alamat IPv4 dan alamat IPv6.
Bahagian ini menerangkan cara melihat alamat IP menggunakan panel operasi.
Anda juga boleh memeriksa maklumat ini menggunakan UI Jarak Jauh daripada komputer. Menguruskan Mesin daripada Komputer (UI Kawalan Jauh)
1
Di panel operasi, tekan [Pgawas Status] di skrin [Rumah] atau lokasi lain. Skrin [Rumah]
Skrin [Pgawas Status] dipaparkan.
2
Tekan [Maklumat Rangkaian] [IPv4] atau [IPv6].
3
Lihat tetapan tersebut.
Untuk IPv6, pilih item yang ingin anda lihat, dan tetapan item tersebut akan dipaparkan.

Melihat Alamat MAC LAN Berwayar

Anda boleh melihat alamat MAC yang ditetapkan pada mesin apabila mesin disambungkan ke LAN berwayar.
Bahagian ini menerangkan cara untuk melihat maklumat ini menggunakan panel operasi.
Anda juga boleh menggunakan UI Jarak Jauh daripada komputer untuk melihat alamat MAC. Menguruskan Mesin daripada Komputer (UI Kawalan Jauh)
Kelayakan pentadbir diperlukan.
1
Di panel operasi, tekan [Menu] di skrin [Rumah]. Skrin [Rumah]
2
Tekan [Keutamaan] [Rangkaian] [Tetapan Pemacu Ethernet].
Jika skrin log masuk dipaparkan, masukkan ID dan PIN Pengurus Sistem, dan kemudian tekan [Log Masuk]. ID dan PIN Pengurus Sistem
3
Lihat alamat MAC.

Melihat Alamat MAC dan Maklumat Sambungan LAN Wayarles

Selain alamat MAC dan maklumat sambungan LAN wayarles mesin apabila mesin disambungkan ke LAN berwayar, anda juga boleh melihat tetapan keselamatan.
Bahagian ini menerangkan cara untuk melihat maklumat ini menggunakan panel operasi.
Anda juga boleh memeriksa maklumat ini menggunakan UI Jarak Jauh daripada komputer. Menguruskan Mesin daripada Komputer (UI Kawalan Jauh)
Kelayakan pentadbir diperlukan.
1
Di panel operasi, tekan [Tetapan LAN Wayarles] di skrin [Rumah]. Skrin [Rumah]
Skrin [Pilih Rangkaian] dipaparkan.
Jika skrin log masuk dipaparkan, masukkan ID dan PIN Pengurus Sistem, dan kemudian tekan [Log Masuk]. ID dan PIN Pengurus Sistem
2
Tekan [Ttpn Smbungan] [Maklumat Smbgn].
3
Melihat alamat MAC dan tetapannya.
Tekan [Maklumat Ralat Terkini] untuk memaparkan maklumat ralat yang berkaitan dengan sambungan LAN wayarles.
Tekan [Tetapan Keselamatan] untuk memaparkan butiran WEP atau WPA/WPA2-PSK.
Melihat maklumat dengan Skrin [Pgawas Status]
Anda juga boleh melihat status LAN wayarles dan maklumat ralat dengan prosedur berikut:
Di panel operasi, [Rumah] atau lokasi lain [Pgawas Status] [Maklumat Rangkaian] [Jenis Sambungan Rangkaian].
8KKC-025