Cetakan Tidak Sekata

Lakukan pencarisilapan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1: Memeriksa Kertas

Adakah Anda Menggunakan Kertas yang Sesuai?
Periksa sama ada kertas di dalam mesin boleh digunakan, dan gantikannya dengan kertas yang sesuai, sebagaimana yang diperlukan.
Kertas yang Boleh Digunakan
Memuatkan Kertas
Adakah Anda Menggunakan Kertas yang Mempunyai Permukaan Kasar?
Jika anda menggunakan kertas yang mempunyai permukaan yang kasar, imej yang dicetak mungkin kelihatan pudar, terutamanya apabila imej menggunakan dua atau lebih warna toner secara bertindih. Jika ini berlaku, memilih [Aktif] untuk sumber kertas tersebut boleh memperbaiki hasil cetakan.
Skrin [Rumah] pada panel pengendalian [Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas] [Pemprosesan Kertas Khas]  [Mod Kertas Permukaan Kasar]  [Aktif]
* Memilih [Aktif] dalam tetapan ini mungkin menyebabkan kelajuan cetakan berkurang atau perubahan pada kualiti imej.

Langkah 2: Memeriksa Kartrij Toner

Periksa Baki Toner di Dalam Kartrij Toner.
Periksa jumlah baki toner ada di dalam kartrij toner, dan ganti mana-mana toner, sebagaimana yang diperlukan.
Memeriksa Baki Bahan Guna Habis
Menggantikan Kartrij Toner
* Bergantung pada keadaan penggunaan mesin, baki toner yang sebenar mungkin kurang berbanding yang ditunjukkan atau keadaan bahagiannya mungkin merosot. Jika keadaan ini masih berterusan walaupun selepas menggantikan kartrij toner yang menunjukkan baki toner yang kurang tersebut, anda disyorkan untuk turut menggantikan kartrij toner yang satu lagi juga.

Langkah 3: Menyesuaikan Kualiti Cetakan

Cuba Betulkan Cetakan yang Pudar.
Menetapkan [Elkkn Pmdrn/Slh Pnjjrn Ctkn] kepada [Aktif] boleh mengurangkan masalah ini.
Skrin [Rumah] pada panel pengendalian [Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas] [Elkkn Pmdrn/Slh Pnjjrn Ctkn] [Aktif]
* Apabila anda memilih [Aktif], kelajuan pencetakan mungkin berkurang.

Langkah 4: Memeriksa Persekitaran Penggunaan Mesin

Adakah Anda Menggunakan Mesin Dalam Persekitaran yang Lembap?
Menetapkan [Mod Kelembapan Tinggi] kepada [Aktif] boleh menyelesaikan masalah ini.
Skrin [Rumah] pada panel pengendalian [Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas] [Mod Kelembapan Tinggi] [Aktif]
* Menetapkan ini kepada [Aktif] dalam persekitaran yang berkelembapan rendah boleh menyebabkan imej dan teks menjadi kabur.
Adakah Anda Menggunakan Mesin Dalam Persekitaran yang Suhunya Berubah Secara Mendadak?
Perubahan suhu secara mendadak boleh menyebabkan pemeluwapan, yang boleh mengakibatkan imej dan teks menjadi pudar atau kabur. Menetapkan [Kawal Kondensasi] kepada [Aktif] boleh menyelesaikan masalah ini.
[Rumah] pada panel pengendalian [Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Penyelenggaraan] [Kawal Kondensasi] [Aktif]
* Semasa penyingkiran pemeluwapan, helaian kertas kosong mungkin dikeluarkan tanpa ia dicetak dengan betul. Jika anda menetapkan ini kepada [Aktif], anda boleh menetapkan sama ada mahu menyekat pencetakan ataupun tidak.
* Jika anda menetapkan ini kepada [Aktif], anda mesti memastikan mesin sentiasa hidup untuk menyingkirkan pemeluwapan secara berterusan. Tetapan Masa Penutupan Auto akan dinyahdayakan.
Adakah Mesin Dipasang di Lokasi yang Terdedah Kepada Angin Kuat Seperti daripada Penghawa Dingin?
Jika ya, tukar arah udara dan kelajuan penghawa dingin.
Jika ini tidak berkesan, menetapkan [Tukar Kaedah Suapan Kertas] kepada [Keutamaan Muka Pencetakan] boleh mengurangkan masalah ini.
[Rumah] pada panel pengendalian [Menu] [Tetapan Fungsi] [Biasa] [Tetapan Suapan Kertas] [Tukar Kaedah Suapan Kertas]  [Keutamaan Muka Pencetakan]
* Apabila anda memilih [Keutamaan Muka Pencetakan], kelajuan pencetakan untuk pencetakan 1 muka akan berkurang.

Langkah 5: Memeriksa Sama Ada Kilat yang Tidak Sekata Berlaku di Bahagian Tepi Kertas Bercetak

Ada Kilat yang Tidak Sekata Berlaku di Bahagian Tepi Kertas Bercetak?
Menetapkan [Betulkan Kilat Tidak Sekata] kepada [Aktif] boleh menyelesaikan masalah ini.
Skrin [Rumah] pada panel pengendalian [Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas] [Betulkan Kilat Tidak Sekata] [Aktif]
* Apabila anda memilih [Aktif], cetakan mungkin menjadi pudar.
8KKC-0F2