Tompokan Putih Kelihatan

Lakukan pencarisilapan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1: Memeriksa Kertas

Adakah Anda Menggunakan Kertas yang Sesuai?
Periksa sama ada kertas di dalam mesin boleh digunakan, dan gantikannya dengan kertas yang sesuai, sebagaimana yang diperlukan.
Kertas yang Boleh Digunakan
Memuatkan Kertas
Adakah Anda Menggunakan Kertas yang Telah Menyerap Kelembapan?
Lihat langkah berjaga-jaga, dan gantikan kertas dengan kertas yang kering.
Langkah Berjaga-jaga Semasa Mengendalikan Kertas
Memuatkan Kertas

Langkah 2: Memeriksa Kartrij Toner

Periksa Baki Toner di Dalam Kartrij Toner.
Periksa jumlah baki toner ada di dalam kartrij toner, dan ganti mana-mana toner, sebagaimana yang diperlukan.
Memeriksa Baki Bahan Guna Habis
Menggantikan Kartrij Toner
* Bergantung pada keadaan penggunaan mesin, baki toner yang sebenar mungkin kurang berbanding yang ditunjukkan atau keadaan bahagiannya mungkin merosot. Jika keadaan ini masih berterusan walaupun selepas menggantikan kartrij toner yang menunjukkan baki toner yang kurang tersebut, anda disyorkan untuk turut menggantikan kartrij toner yang satu lagi juga.

Langkah 3: Memeriksa Kejadian Tompokan Putih

Adakah Tompokan Putih Kelihatan Pada Bahagian Tepi Depan Kertas?
Simptom ini mungkin berlaku apabila mencetak pada kertas yang nipis. Menetapkan [Betulkan Kosong] kepada [Aktif] boleh menyelesaikan masalah ini.
Skrin [Rumah] pada panel pengendalian [Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas] [Betulkan Kosong] [Aktif]
* Apabila anda memilih [Aktif], cetakan mungkin menjadi pudar.

Langkah 4: Memeriksa Persekitaran Penggunaan Mesin

Adakah Anda Menggunakan Mesin Dalam Persekitaran yang Suhunya Berubah Secara Mendadak?
Perubahan suhu secara mendadak boleh menyebabkan pemeluwapan, yang boleh mengakibatkan imej dan teks menjadi pudar atau kabur. Menetapkan [Kawal Kondensasi] kepada [Aktif] boleh menyelesaikan masalah ini.
[Rumah] pada panel pengendalian [Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Penyelenggaraan] [Kawal Kondensasi] [Aktif]
* Semasa penyingkiran pemeluwapan, helaian kertas kosong mungkin dikeluarkan tanpa ia dicetak dengan betul. Jika anda menetapkan ini kepada [Aktif], anda boleh menetapkan sama ada mahu menyekat pencetakan ataupun tidak.
* Jika anda menetapkan ini kepada [Aktif], anda mesti memastikan mesin sentiasa hidup untuk menyingkirkan pemeluwapan secara berterusan. Tetapan penutupan autometik akan dinyahdayakan.
Adakah Toner yang Dicetak Terkelupas Bergantung Pada Jenis Kertas atau Persekitaran Penggunaan?
Jika begitu, menetapkan [Kurangkan Pengepingan Toner] kepada [Mod 1] boleh mengurangkan masalah ini. Jika ini gagal, pilih [Mod 2].
Skrin [Rumah] pada panel pengendalian [Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas] [Kurangkan Pengepingan Toner] [Mod 1] atau [Mod 2]
* Apabila tetapan ini didayakan, imej hantu mungkin kelihatan pada kawasan yang tidak dicetak.
Adakah Anda Menggunakan Mesin Dalam Persekitaran yang Berkelembapan Rendah?
Menetapkan [Mod Kelembapan Rendah] kepada [Aktif] boleh menyelesaikan masalah ini.
Skrin [Rumah] pada panel pengendalian [Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas] [Mod Kelembapan Rendah] [Aktif]
* Menetapkan ini kepada [Aktif] dalam persekitaran yang lembap boleh mengurangkan ketumpatan atau menyebabkan cetakan menjadi pudar.
8KKC-0FA