Pencetakan Perlahan

Ia akan mengambil masa sehinggalah halaman pertama dicetak. Kelajuan pencetakan mungkin lebih perlahan selepas pencetakan berterusan atau pencetakan pada kertas yang kecil untuk membolehkan penyesuaian suhu atau kualiti imej mesin.
Dalam semua keadaan lain, ralat mungkin telah berlaku. Lakukan pencarisilapan dengan memeriksa item-item di bawah.
Periksa Orientasi Kertas.
Simptom ini mungkin berlaku bergantung pada orientasi kertas. Tukar orientasi kertas, jika boleh. Memuatkan Kertas
Adakah Mesin Mempunyai Memori yang Mencukupi?
Periksa faks yang diterima dalam memori mesin, dan cetak atau majukannya sebagaimana yang diperlukan, dan padam mana-mana faks yang tidak diperlukan. Melihat dan Mencetak Faks Yang Disimpan Dalam Memori
Adakah Cetak Selamat Telah Didayakan?
Simptom ini mungkin berlaku apabila Cetak Selamat didayakan. Gunakan prosedur di bawah untuk menyahdayakan Cetak Selamat
Mesin mesti dimulakan semula untuk menggunakan tetapan ini.
Log masuk ke UI Jauh dalam Mod Pengurus Sistem. [Settings/Registration] [Secure Print Settings] [Edit] kosongkan kotak semak [Secure Print] [OK] mulakan semula mesin.
Di panel operasi, pilih [Menu] di skrin [Rumah], dan kemudian pilih [Tetapan Fungsi] untuk mengkonfigurasi tetapan. [Cetakan Selamat]
8KKC-0H9