Memuatkan Sampul Farmasi
Muatkan sampul farmasi di dalam laci kertas atau dulang pelbagai guna. Apabila mencetak pada sampul farmasi, pastikan sebarang gulungan pada sampul farmasi diratakan terlebih dahulu sebelum dimuatkan bagi mencegah kertas daripada tersekat atau renyuk. Perhatikan juga orientasi sampul farmasi dan bahagian yang menghadap ke atas.
|
Seksyen ini menerangkan cara memuatkan sampul farmasi dengan orientasi yang betul, serta prosedur yang anda perlu lengkapkan sebelum memuatkan sampul farmasi. Untuk melihat penerangan prosedur umum bagi memuatkan sampul farmasi ke dalam dulang pelbagai guna, lihat Kaedah Asas Memuatkan Kertas. |
Sebelum Memuatkan Sampul Farmasi
Ikuti prosedur di bawah untuk menyediakan sampul farmasi sebelum memuatkan.
|
Sampul farmasi boleh menjadi renyuk, bergantung pada jenis sampul farmasi atau keadaan ia disimpan. Jalur boleh muncul di tempat sampul farmasi bertindih. |
1
Ratakan sebarang gulungan.
Ambil kira-kira lima sampul farmasi. Ratakan sebarang gulungan dan kendurkan bahagian yang keras di empat penjuru.
Ulangi langkah ini sebanyak lima kali untuk setiap lima set sampul farmasi.
2
Ratakan sampul farmasi dan buangkan sebarang udara yang terperangkap di dalam.
Letakkan sampul farmasi di atas permukaan rata dan gerakkan tangan anda mengikut arah anak panah untuk membuang udara di dalam sampul farmasi.
Ulangi langkah ini sebanyak lima kali untuk setiap lima set sampul farmasi.
3
Tekan pada keempat-empat sisi.
Tekan dengan kuat pada kesemua empat sisi. Terutamanya, tekan bahagian yang menghadap arah sampul farmasi yang akan disuapkan dengan berhati-hati.
Kegagalan menekan dengan kuat pada kesemua empat sisi boleh mengakibatkan kertas tersekat. Jika ini berlaku, tekan dengan kuat pada kesemua empat sisi setiap sampul farmasi.
4
Jajarkan sampul farmasi pada permukaan rata.
Sahkan yang sampul farmasi lain tiada di dalam setiap sampul farmasi.
Memuatkan Sampul Farmasi di dalam Laci Kertas
Muatkan sampul farmasi dengan bahagian untuk dicetak menghadap ke atas, seperti yang ditunjukkan di bawah (disyorkan). Anda juga boleh memuatkan sampul farmasi di dalam Paper Feeder PF-J pilihan.
Sampul farmasi
Muatkan sampul farmasi supaya pembuka berada di bahagian berdekatan.
Memuatkan Sampul Farmasi di dalam Dulang Pelbagai Guna
Muatkan sampul farmasi dengan bahagian untuk dicetak menghadap ke atas, seperti yang ditunjukkan di bawah (disyorkan).
Sampul farmasi
Muatkan sampul farmasi supaya pembuka berada di bahagian berdekatan.
|
Pastikan tindanan kertas tidak melebihi panduan had muatan. Jika sampul farmasi tidak dimasukkan dengan betul sekalipun ia telah disediakan mengikut prosedur, muatkan sampul farmasi secara berasingan di dalam dulang pelbagai guna dan bukannya memuatkan beberapa sampul farmasi sekaligus. |
|
Apabila anda mencetak pada sampul farmasi, keluarkan sampul tersebut dari dulang output 10 secara serentak. |