Operasi Salinan

Bahagian ini menerangkan operasi menyalin yang asas apabila menyalin dokumen, foto dan bahan bercetak lain ("dokumen asal").
Apabila menyalin dokumen asal yang mempunyai teks atau imej memanjang ke tepi tanpa jidar, salinan itu mungkin dicetak dengan kawasan yang hilang di sekeliling tepi. Untuk saiz jidar, lihat spesifikasi asas. Spesifikasi Asas

Model Panel Sentuhan

1
Letakkan dokumen asal. Meletakkan Dokumen Asal
2
Di panel operasi, tekan [Salinan] di skrin [Rumah]. Skrin [Rumah]
Skrin salin dipaparkan.
3
Tetapkan Bilangan Salinan, dan Nisbah Salinan.
[Bilangan Salinan]
Tentukan bilangan salinan.
Gunakan kekunci angka untuk memasukkan bilangan salinan.
[Nisbah Salinan]
Tetapkan nisbah untuk membesarkan atau mengurangkan salinan.
Menetapkan Nisbah Salinan Tersuai
Tekan [Nisbah Tersuai], masukkan nisbah tersuai menggunakan kekunci angka, atau tekan / , dan kemudian tekan [Guna].
Anda boleh memilih nilai daripada 25% hingga 400% dalam 1% tokokan.
Menetapkan Nisbah Salinan Secara Automatik untuk Saiz Standard
Pilih nisbah salinan tetap daripada senarai.
4
Konfigurasikan tetapan penyalinan lain, sebagaimana yang diperlukan. Ciri Penyalinan Tambahan (Model Panel Sentuhan)
Anda boleh melakukan penyalinan 2 muka dan melaraskan kualiti imej dan tetapan lain agar sesuai dengan dokumen asal dan tujuan anda.
5
Tekan .
Penyalinan bermula.
Untuk membatalkan penyalinan, tekan [Batal] [Ya]. Membatalkan Operasi Salin
Gunakan [Pengawas Status] untuk melihat status kerja salinan. Memeriksa Status Salin
Apabila [ImbasStrsnya:Tkn Start] muncul
Apabila dokumen asal diletakkan di atas kaca platen dan disalin menggunakan penyalinan 2 muka, N dalam 1 atau susunkan, skrin dipaparkan untuk mengimbas dokumen asal seterusnya.
1
Pilih saiz dokumen asal.
Hanya dipaparkan apabila penyalinan 2 muka ditetapkan.
2
Letakkan dokumen asal seterusnya pada kaca platen, dan tekan .
Dokumen asal seterusnya diimbas, dan skrin yang sama dipaparkan.
Ulangi proses ini sehingga pengimbasan semua dokumen asal selesai.
Anda juga boleh menekan [Kepadatan]untuk menukar tetapan bagi setiap dokumen asal.
Jika saiz dokumen asal adalah berbeza, sebahagian imej mungkin hilang, atau saiz imej yang dicetak mungkin adalah lebih kecil.
3
Tekan [Mula Salin].
Dokumen asal yang diimbas dicetak.

Model LCD 5 Baris

1
Letakkan dokumen asal. Meletakkan Dokumen Asal
2
Di panel operasi, tekan [Salinan]   di skrin [Rumah]. Skrin [Rumah]
Skrin salin dipaparkan.
3
Tetapkan Bilangan Salinan, dan Nisbah Salinan.
[Bilangan Salinan]
Tentukan bilangan salinan.
Gunakan / , atau kekunci angka untuk memasukkan bilangan salinan, dan kemudian tekan .
[Nisbah Salinan]
Tetapkan nisbah untuk membesarkan atau mengurangkan salinan.
Menetapkan Nisbah Salinan Tersuai
Tekan [Nisbah Tersuai], masukkan nisbah tersuai menggunakan kekunci angka kemudian tekan [Guna].
Anda boleh menetapkan nilai daripada 25% hingga 400% dengan tokokan 1%.
Menetapkan Nisbah Salinan Secara Automatik untuk Saiz Standard
Pilih nisbah salinan tetap daripada senarai, dan tekan .
4
Konfigurasikan tetapan penyalinan lain, sebagaimana yang diperlukan. Ciri Penyalinan Tambahan (Model LCD 5 Baris)
Anda boleh melakukan penyalinan 2 muka dan melaraskan kualiti imej dan tetapan lain agar sesuai dengan dokumen asal dan tujuan anda.
5
Tekan .
Penyalinan bermula.
Untuk membatalkan penyalinan, tekan [Batal]    [Ya]  . Membatalkan Operasi Salin
Gunakan [Pengawas Status] untuk melihat status kerja salinan. Memeriksa Status Salin
Apabila [ImbasStrsnya:Tkn Start] muncul
Apabila dokumen asal diletakkan di atas kaca platen dan disalin menggunakan penyalinan 2 muka atau N dalam 1, skrin dipaparkan untuk mengimbas dokumen asal seterusnya.
1
Pilih saiz dokumen asal.
Hanya dipaparkan apabila penyalinan 2 muka ditetapkan.
2
Letakkan dokumen asal seterusnya pada kaca platen, dan tekan .
Dokumen asal seterusnya diimbas, dan skrin yang sama dipaparkan.
Ulangi proses ini sehingga pengimbasan semua dokumen asal selesai.
Anda juga boleh menekan [Kepadatan]   untuk menukar tetapan bagi setiap dokumen asal.
Jika saiz dokumen asal adalah berbeza, sebahagian imej mungkin hilang, atau saiz imej yang dicetak mungkin adalah lebih kecil.
3
Tekan [<Mula Menyalin>] .
Dokumen asal yang diimbas dicetak.
98CR-058