Item Dipaparkan pada Skrin <Home>

Bahagian ini menghuraikan item yang dipaparkan pada skrin <Home>.

Ikon Wi-Fi

Ikon ini tidak dipaparkan apabila mesin disambungkan kepada LAN wayarles.

Jumlah baki toner yang tinggal di dalam kartrij

Tahap toner di dalam kartrij toner dipaparkan. Tahap toner yang tinggal juga boleh disembunyikan. <Paparkan Ikon yg Menunjukkan Baki Toner>

<Tetapkan>

<Tetapan Fungsi>, <Keutamaan>, dan banyak tetapan mesin lain bermula daripada butang ini. Tetapan/Pendaftaran

<Tetapan Kertas>

Butang ini membolehkan anda untuk menentukan saiz dan jenis kertas yang dimuatkan dalam laci kertas dan dulang pelbagai guna. Menentukan Saiz dan Jenis Kertas

<Media Ingatan>

Pilih ini untuk mencetak fail pada ingatan USB. Menggunakan Media Ingatan

<Cetak>

Anda boleh mencetak dokumen yang disimpan di dalam mesin dan semak status kerja cetakan.

<Portal Mudah Alih>

Pilih ini untuk menyambungkan mesin kepada peranti mudah alih. Menghubungkan dengan Peranti Mudah Alih

<Susunn Pprn (Home)>

Anda boleh mengubah susunan paparan butang skrin <Home>. Menyesuaikan Skrin <Home>

<Kms kini Prisian Tgr>

Anda boleh mengemas kini perisian tegar melalui Internet. Mengemas Kini Perisian Tegar

<Semak Pembilang>

Anda boleh memaparkan jumlah bilangan helaian yang dicetak berwarna dan hitam dan putih. Menyemak Bilangan Halaman untuk Cetakan
Anda juga boleh menyemak nombor siri mesin, alamat IP dan maklumat peranti lain seperti maklumat mengenai kelengkapan pilihan.
9Y8W-038