Memuatkan Kertas ke dalam Laci Kertas
Masukkan kertas yang biasa anda gunakan ke dalam laci kertas, yang dapat menyimpan jumlah kertas yang banyak.
Kaedah tetapannya adalah berbeza-beza bergantung pada saiz kertas yang akan dimuatkan.
Apabila Memuatkan Kertas Saiz A4, B5, Legal, atau Letter
Muatkan kertas menggunakan kaedah saiz standard.
Memuatkan Kertas Saiz StandardApabila Memuatkan Kertas Saiz A5
Kaedah tetapannya adalah berbeza-beza bergantung pada orientasi kertas yang akan dimuatkan.
| Orientasi landskap (A5) | | Orientasi potret (A5R) |
| | | |
| | | |
Apabila Memuatkan Kertas Saiz A6
Muatkan kertas dalam orientasi potret menggunakan kaedah saiz bukan standard.
Memuatkan Kertas Saiz Bukan StandardApabila Memuatkan Kertas Saiz Tersuai
Muatkan kertas menggunakan kaedah saiz bukan standard.
Memuatkan Kertas Saiz Bukan Standard |
Muatkan kertas menggunakan prosedur yang sama walaupun apabila menggunakan pilihan Cassette Feeding Module-AH.
|
Memuatkan Kertas Saiz Standard
Anda boleh memuatkan kertas dengan betul dengan menjajarkan panduan kertas pada laci kertas yang bertanda.
Apabila menggunakan kertas yang mempunyai logo, berhati-hati dengan orientasi kertas yang dimuatkan dan bahagian kertas yang menghadap ke atas.
Orientasi untuk Memuatkan Kertas dengan Logo1
Tarik keluar laci kertas.
Sentiasa pegang laci kertas dengan kedua-dua tangan dan tarik laci kertas keluar dengan perlahan-lahan. Jika anda menarik laci keluar dengan hanya satu tangan, ia mungkin terlalu berat untuk dipegang, menyebabkan ia jatuh dan rosak.
2
Sejajarkan panduan kertas dengan ukuran kertas yang akan dimuatkan.
1 | Sambil menekan tuas pelepas kunci, gerakkan panduan kertas. |
2 | Sejajarkan unjuran pada panduan kertas dengan tanda ukuran kertas yang akan dimuatkan. Panduan kertas yang disejajarkan tetapi terlalu longgar atau ketat boleh menyebabkan tersalah suapan atau kertas tersekat. |
3
Kipaskan kertas dan sejajarkan tepinya.
Kipaskan kertas dalam kelompok kecil, dan sejajarkan tepinya dengan mengetuk kertas di atas permukaan rata beberapa kali.
4
Muatkan kertas dengan sisi cetakan menghadap ke bawah.
Sejajarkan kertas dengan panduan kertas di bahagian tepi belakanh laci kertas.
Pastikan kertas yang dimuatkan tidak melebihi garisan had muatan (
). Jika ia melebihi garisan had muatan, mungkin berlaku salah suapan atau kertas tersekat.
Semasa Mencetak di Bahagian Belakang Kertas Bercetak (Percetakan 2 Muka Manual)
Ratakan tepi kertas untuk menghilangkan gulungan, dan muatkan kertas dengan muka belakang (tidak dicetak) menghadap ke bawah.
Anda hanya boleh menggunakan kertas yang dicetak dengan mesin ini.
Anda tidak boleh mencetak pada bahagian yang telah dicetak sebelumnya.
5
Masukkan laci kertas ke dalam mesin.
6
Tetapkan saiz dan jenis kertas, sebagaimana yang diperlukan.
Menetapkan Saiz dan Jenis Kertas untuk Laci KertasSecara lalai, saiz dan jenis laci kertas ditetapkan kepada A4 dan Biasa 2. Apabila kertas dengan saiz atau jenis yang berbeza dimasukkan, tukar tetapan kertas.
Memuatkan Kertas Saiz Bukan Standard
Anda boleh memuatkan kertas dengan betul dengan menjajarkan panduan kertas pada laci kertas dengan kertas.
Apabila menggunakan kertas yang mempunyai logo, berhati-hati dengan orientasi kertas yang dimuatkan dan bahagian kertas yang mana menghadap ke atas.
Orientasi untuk Memuatkan Kertas dengan Logo1
Tarik keluar laci kertas.
Sentiasa pegang laci kertas dengan kedua-dua tangan dan tarik laci kertas keluar dengan perlahan-lahan. Jika anda menarik laci keluar dengan hanya satu tangan, ia mungkin terlalu berat untuk dipegang, menyebabkan ia jatuh dan rosak.
2
Luncurkan panduan kertas ke luar.
Sambil menekan tuas pelepas kunci, gerakkan panduan kertas.
3
Kipaskan kertas dan sejajarkan tepinya.
Kipaskan kertas dalam kelompok kecil, dan sejajarkan tepinya dengan mengetuk kertas di atas permukaan rata beberapa kali.
4
Muatkan kertas dengan sisi cetakan menghadap ke bawah.
Muatkan kertas pada sisi hadapan laci kertas.
Pastikan kertas yang dimuatkan tidak melebihi garisan had muatan (
). Jika ia melebihi garisan had muatan, mungkin berlaku salah suapan atau kertas tersekat.
Semasa Mencetak di Bahagian Belakang Kertas Bercetak (Percetakan 2 Muka Manual)
Ratakan tepi kertas untuk menghilangkan gulungan, dan muatkan kertas dengan muka belakang (tidak dicetak) menghadap ke bawah.
Anda hanya boleh menggunakan kertas yang dicetak dengan mesin ini.
Anda tidak boleh mencetak pada bahagian yang telah dicetak sebelumnya.
5
Sejajarkan panduan kertas dengan lebar dan panjang kertas.
Sambil menekan tuas pelepasan kunci, sejajarkan panduan kertas dengan lebar dan panjang kertas.
Panduan kertas yang disejajarkan tetapi terlalu longgar atau ketat boleh menyebabkan tersalah suapan atau kertas tersekat.
6
Masukkan laci kertas ke dalam mesin.
7
Secara lalai, saiz dan jenis laci kertas ditetapkan kepada A4 dan Biasa 2. Apabila kertas dengan saiz atau jenis yang berbeza dimasukkan, tukar tetapan kertas.