Menetapkan Saiz dan Jenis Kertas untuk Dulang Serbaguna
Apabila kertas dimuatkan ke dalam dulang serba guna, skrin berikut dipaparkan pada panel kawalan. Tetapkan saiz dan jenis kertas mengikut kertas yang dimuatkan.
Model Panel Sentuhan | | Model LCD Hitam dan Putih |
| | |
Model Panel Sentuhan
1
Pilih saiz kertas yang dimuatkan ke dalam dulang serbaguna.
Anda boleh menatal skrin untuk melihat saiz kertas (seperti sampul surat) yang tidak dipaparkan di skrin.
Jika anda perlu menukar kertas yang dimuatkan dengan kerap, tetapkan kepada [Saiz Bebas]; ini akan mengurangkan bilangan langkah yang diperlukan untuk menukar tetapan setiap kali anda ingin menukar kertas. Anda juga boleh memaparkan mesej ralat apabila tetapan dalam pemacu pencetak sangat berbeza dengan saiz kertas yang dimuatkan.
[Tindakn Apbl Saiz Kertas Bbas Tdk Sepdan]Apabila Kertas Saiz A5 Dimuatkan
Apabila kertas dimuatkan dalam orientasi landskap, pilih [A5]. Apabila kertas dimuatkan dalam orientasi potret, pilih [A5R].
| Orientasi landskap (A5) | | Orientasi potret (A5R) |
| | | |
Apabila Kertas Saiz Bukan Standard (Saiz Tersuai) Dimuatkan
1 | Tekan [Tersuai]. |
2 | Masukkan nilai di [X] dan [Y], dan tekan [Guna]. Apabila saiz bukan standard yang sering digunakan didaftarkan, anda boleh memanggilnya dengan menekan [S1] hingga [S3]. |
Jika Saiz Kertas yang Ditetapkan Tidak Dipaparkan
Tekan [Saiz Lain], dan pilih saiz kertas daripada senarai yang dipaparkan.
2
Pilih jenis kertas yang dimuatkan ke dalam dulang serbaguna.
Jika anda perlu menukar kertas yang dimuatkan dengan kerap [Bebas]; ini akan mengurangkan bilangan langkah yang diperlukan untuk menukar tetapan setiap kali anda ingin menukar kertas. Walau bagaimanapun, ambil perhatian bahawa tetapan ini membolehkan mesin melakukan pencetakan walaupun tetapan jenis kertas dalam pemacu pencetak dan jenis sebenar kertas yang dimuatkan dalam mesin adalah tidak sepadan.
Apabila tetapan jenis kertas dalam pemacu pencetak adalah [Auto], mesin beroperasi dalam cara yang sama seperti apabila jenis kertas adalah [Biasa 1].
Saiz dan jenis kertas ditetapkan.
Model LCD Hitam dan Putih
1
Pilih saiz kertas yang dimuatkan ke dalam dulang serba guna, dan tekan
.
Anda boleh menatal skrin untuk melihat saiz kertas (seperti sampul surat) yang tidak dipaparkan di skrin.
Jika anda perlu menukar kertas yang dimuatkan dengan kerap, tetapkan kepada [Saiz Bebas]; ini akan mengurangkan bilangan langkah yang diperlukan untuk menukar tetapan setiap kali anda ingin menukar kertas. Anda juga boleh memaparkan mesej ralat apabila tetapan dalam pemacu pencetak sangat berbeza dengan saiz kertas yang dimuatkan.
[Tindakn Apbl Saiz Kertas Bbas Tdk Sepdan]Apabila Kertas Saiz A5 Dimuatkan
Apabila kertas dimuatkan dalam orientasi landskap, pilih [A5]. Apabila kertas dimuatkan dalam orientasi potret, pilih [A5R].
| Orientasi landskap (A5) | | Orientasi potret (A5R) |
| | | |
Apabila Kertas Saiz Bukan Standard (Saiz Tersuai) Dimuatkan
1 | Pilih [Tersuai], dan tekan . |
2 | |
3 | Masukkan nilai dalam [Y] dalam cara yang sama seperti [X]. |
4 | Pilih [<Guna>], dan tekan . |
Jika Saiz Kertas yang Ditetapkan Tidak Dipaparkan
Tekan [<Saiz Lain>], tekan
, dan pilih saiz kertas daripada senarai yang dipaparkan.
2
Pilih jenis kertas yang dimuatkan ke dalam dulang serbaguna, dan tekan