Mendaftarkan Saiz dan Jenis Kertas yang Sering Digunakan untuk Dulang Serbaguna
Secara lalai, apabila kertas dimasukkan ke dalam dulang serbaguna, skrin untuk menetapkan saiz dan jenis kertas dipaparkan pada panel kawalan.
Jika anda selalu menggunakan kertas yang sama di dulang serba guna, anda boleh mendaftarkan saiz dan jenis kertas. Ini mencegah skrin tetapan kertas daripada dipaparkan, agar anda tidak menghadapi masalah mengkonfigurasi tetapan.
Apabila Menggunakan Kertas dengan Saiz atau Jenis yang Berbeza daripada Kertas yang Didaftarkan
Selepas membatalkan pendaftaran dalam Langkah 3, muatkan kertas ke dalam dulang serbaguna. Apabila skrin untuk menetapkan saiz dan jenis kertas dipaparkan pada panel kawalan, konfigurasikan tetapan mengikut kertas yang akan digunakan.
Menetapkan Saiz dan Jenis Kertas untuk Dulang Serbaguna
Model Panel Sentuhan
1
Di panel kawalan, tekan [Tetapan Kertas] di skrin [Rumah].
Skrin [Rumah]2
Pilih dulang serbaguna.
3
Pilih saiz kertas untuk didaftarkan.
Anda boleh menatal skrin untuk melihat saiz kertas (seperti sampul surat) yang tidak dipaparkan di skrin.
Jika anda perlu menukar kertas yang dimuatkan dengan kerap, tetapkan kepada [Saiz Bebas]; ini akan mengurangkan bilangan langkah yang diperlukan untuk menukar tetapan setiap kali anda ingin menukar kertas. Anda juga boleh memaparkan mesej ralat apabila tetapan dalam pemacu pencetak sangat berbeza dengan saiz kertas yang dimuatkan.
[Tindakn Apbl Saiz Kertas Bbas Tdk Sepdan]Apabila Mendaftarkan Kertas Saiz A5
Apabila kertas dimuatkan dalam orientasi landskap, pilih [A5]. Apabila kertas dimuatkan dalam orientasi potret, pilih [A5R].
| Orientasi landskap (A5) | | Orientasi potret (A5R) |
| | | |
Apabila Mendaftarkan Kertas Saiz Bukan Standard (Saiz Tersuai)
1 | Tekan [Tersuai]. |
2 | Masukkan nilai di [X] dan [Y], dan tekan [Guna]. Apabila saiz bukan standard yang sering digunakan didaftarkan, anda boleh memanggilnya dengan menekan [S1] hingga [S3]. |
Jika Saiz Kertas untuk Didaftarkan Tidak Dipaparkan
Tekan [Saiz Lain], dan pilih saiz kertas daripada senarai yang dipaparkan.
Untuk Membatalkan Kertas yang Didaftarkan
Tekan [Tentukan Apabila Memuatkan Kertas]. Anda tidak perlu melakukan Langkah 4.
Apabila kertas dimuatkan ke dalam dulang serbaguna, skrin untuk menetapkan saiz dan jenis kertas dipaparkan pada panel kawalan.
4
Pilih jenis kertas untuk didaftarkan.
Jika anda perlu menukar kertas yang dimuatkan dengan kerap [Bebas]; ini akan mengurangkan bilangan langkah yang diperlukan untuk menukar tetapan setiap kali anda ingin menukar kertas. Walau bagaimanapun, ambil perhatian bahawa tetapan ini membolehkan mesin melakukan pencetakan walaupun tetapan jenis kertas dalam pemacu pencetak dan jenis sebenar kertas yang dimuatkan dalam mesin adalah tidak sepadan.
Apabila tetapan jenis kertas dalam pemacu pencetak adalah [Auto], mesin beroperasi dalam cara yang sama seperti apabila jenis kertas adalah [Biasa 1].
Saiz dan jenis kertas didaftarkan.
Model LCD Hitam dan Putih
1
Pada panel kawalan, pilih [Tetapan Kertas] di skrin [Rumah], dan tekan
.
Skrin [Rumah]2
Pilih dulang serbaguna, dan tekan
.
3
Pilih saiz kertas untuk didaftarkan, dan tekan
.
Anda boleh menatal skrin untuk melihat saiz kertas (seperti sampul surat) yang tidak dipaparkan di skrin.
Jika anda perlu menukar kertas yang dimuatkan dengan kerap, tetapkan kepada [Saiz Bebas]; ini akan mengurangkan bilangan langkah yang diperlukan untuk menukar tetapan setiap kali anda ingin menukar kertas. Anda juga boleh memaparkan mesej ralat apabila tetapan dalam pemacu pencetak sangat berbeza dengan saiz kertas yang dimuatkan.
[Tindakn Apbl Saiz Kertas Bbas Tdk Sepdan]Apabila Kertas Saiz A5 Dimuatkan
Apabila kertas dimuatkan dalam orientasi landskap, pilih [A5]. Apabila kertas dimuatkan dalam orientasi potret, pilih [A5R].
| Orientasi landskap (A5) | | Orientasi potret (A5R) |
| | | |
Apabila Kertas Saiz Bukan Standard (Saiz Tersuai) Dimuatkan
1 | Pilih [Tersuai], dan tekan . |
2 | |
3 | Masukkan nilai dalam [Y] dalam cara yang sama seperti [X]. |
4 | Pilih [<Guna>], dan tekan . |
Jika Saiz Kertas yang Ditetapkan Tidak Dipaparkan
Tekan [<Saiz Lain>], tekan
, dan pilih saiz kertas daripada senarai yang dipaparkan.
Untuk Membatalkan Kertas yang Didaftarkan
Pilih [Tentukan Apabila Memuatkan Kertas] , dan tekan
. Anda tidak perlu melakukan Langkah 4.
Apabila kertas dimuatkan ke dalam dulang serbaguna, skrin untuk menetapkan saiz dan jenis kertas dipaparkan pada panel kawalan.
4
Pilih jenis kertas untuk didaftarkan, dan tekan
.
Jika anda perlu menukar kertas yang dimuatkan dengan kerap [Bebas]; ini akan mengurangkan bilangan langkah yang diperlukan untuk menukar tetapan setiap kali anda ingin menukar kertas. Walau bagaimanapun, ambil perhatian bahawa tetapan ini membolehkan mesin melakukan pencetakan walaupun tetapan jenis kertas dalam pemacu pencetak dan jenis sebenar kertas yang dimuatkan dalam mesin adalah tidak sepadan.
Apabila tetapan jenis kertas dalam pemacu pencetak adalah [Auto], mesin beroperasi dalam cara yang sama seperti apabila jenis kertas adalah [Biasa 1].
Saiz dan jenis kertas ditetapkan.