Tidak Dapat Mencetak (LAN Berwayar)

Lakukan pencarisilapan dengan memeriksa item-item di bawah.
Adakah Port Pencetak Komputer Telah Dikonfigurasikan Dengan Betul? (Windows)
Tukar tetapan jika ia tidak dikonfigurasikan dengan betul. Jika tiada port yang tersedia, tambahkan port baharu.
Melihat Port Pencetak
Mengkonfigurasi Port Pencetak (Windows)
Bolehkah Anda Mengakses UI Jauh?
Jika anda tidak dapat mengakses UI Jarak Jauh, tetapan tembok api mesin mungkin tidak betul, menyebabkan komunikasi dengan komputer terhalang.
Gunakan prosedur berikut untuk menyahdayakan tetapan tembok api dengan panel kawalan, dan kemudian gunakan UI Jarak Jauh untuk mengkonfigurasi tembok api sekali lagi.
Kelayakan pentadbir diperlukan. Mesin mesti dimulakan semula untuk menggunakan tetapan ini.
Model Panel Sentuhan
1
Nyahdayakan tetapan tembok api.
Untuk Menyahdayakan Penapis Alamat IPv4
Skrin [Rumah] pada panel kawalan [Menu] [Keutamaan] [Rangkaian] [Tetapan Tembok Api] [Penapis Alamat IPv4] [Penapis Keluar] atau [Penapis Masuk] [Tak Akt] [Guna] Mulakan semula mesin.
Untuk Menyahdayakan Penapis Alamat IPv6
Skrin [Rumah] pada panel kawalan [Menu] [Keutamaan] [Rangkaian] [Tetapan Tembok Api] [Penapis Alamat IPv6] [Penapis Keluar] atau [Penapis Masuk] [Tak Akt] [Guna] Mulakan semula mesin.
Untuk Menyahdayakan Penapis Alamat MAC
Skrin [Rumah] pada panel kawalan [Menu] [Keutamaan] [Rangkaian] [Tetapan Tembok Api] [Penapis Alamat MAC] [Penapis Keluar] atau [Penapis Masuk] [Tak Akt] [Guna] Mulakan semula mesin.
2
Konfigurasikan tembok api dengan betul. Menetapkan Tembok Api
Model LCD Hitam dan Putih
1
Nyahdayakan tetapan tembok api.
Untuk Menyahdayakan Penapis Alamat IPv4
Skrin [Rumah] pada panel kawalan  [Menu]    [Keutamaan]     [Rangkaian]   [Tetapan Tembok Api]    [Penapis Alamat IPv4]    [Penapis Keluar] atau [Penapis Masuk]    [Tak Aktif]    Mulakan semula mesin.
Untuk Menyahdayakan Penapis Alamat IPv6
Skrin [Rumah] pada panel kawalan  [Menu]    [Keutamaan]     [Rangkaian]   [Tetapan Tembok Api]    [Penapis Alamat IPv6]    [Penapis Keluar] atau [Penapis Masuk]    [Tak Aktif]    Mulakan semula mesin.
Untuk Menyahdayakan Penapis Alamat MAC
Skrin [Rumah] pada panel kawalan  [Menu]    [Keutamaan]     [Rangkaian]   [Tetapan Tembok Api]    [Penapis Alamat MAC]    [Penapis Keluar] atau [Penapis Masuk]    [Tak Aktif]    Mulakan semula mesin.
2
Konfigurasikan tembok api dengan betul. Menetapkan Tembok Api
Memasang semula Pemacu Pencetak
Nyahpasang pemacu, dan kemudian pasangkannya semula.
Untuk maklumat mengenai penyahpasangan dan pemasangan pemacu, lihat manual pemacu di laman manual dalam talian.
https://oip.manual.canon/
Adakah Anda Menggunakan Perisian Mastautin?
Jika anda menggunakan perisian mastautin, seperti perisian keselamatan, nyahdayakannya dan kemudian cuba mencetak.
Bolehkah Anda Mencetak Daripada Komputer Lain Dalam Rangkaian?
Jika anda tidak dapat mencetak daripada komputer lain, hubungi pengedar atau wakil perkhidmatan anda. Jika Masalah Berterusan
9C21-0AE