Masalah Lain

Tidak boleh menekan butang, pilih item, atau item tidak dipaparkan.

Sesetengah tetapan hanya dapat digunakan oleh pentadbir. Tetapan tersebut tidak boleh digunakan oleh pengguna umum.
Tetapan/Pendaftaran
Pentadbir sistem membataskan fungsi yang boleh digunakan oleh pengguna umum bertujuan menghalang penggunaan yang tidak dibenarkan dan mengehadkan penggunaan fungsi.
Fungsi yang boleh digunakan dengan Pengesahan Pengguna diurus oleh pentadbir. Fungsi ini boleh digunakan melalui log masuk menggunakan ID dengan keutamaan capaian.
Log masuk ke dalam Mesin
Fungsi tidak dapat digunakan kerana kelengkapan pilihan atau pilihan sistem yang diperlukan tidak dipasang.
Tetapan diurus dengan tetapan dasar keselamatan. Untuk mengubah tetapan, log masuk ke UI Kawalan Jauh dengan keutamaan pentadbir diperlukan.
Mengkonfigurasikan Tetapan Dasar Keselamatan

Sesetengah tetapan yang diimport daripada peranti lain tidak dapat dilihat.

Jika dasar keselamatan ditetapkan, tetapan yang melanggar dasar keselamatan tidak boleh diimport.

Fail log bercelaru.

Apabila membuka fail CSV dengan Microsoft Excel, kandungannya mungkin tidak dikenali sebagai rentetan teks dan boleh menjadi bercelaru. Jika ini berlaku, buka fail dengan penyunting fail CSV atau penyunting teks.

Log kejadian tidak dicatatkan walaupun pengumpulan log dimulakan.

Hasilnya mungkin tidak dapat dilihat dalam fail log jika ia didapatkan semula dengan segera selepas pengumpulan log dimulakan. Oleh kerana ia mengambil sedikit masa untuk mengumpulkan log, dapatkan semula fail log sekali lagi selepas menunggu seketika.

Tetapan untuk kertas bersaiz K tidak dipaparkan.

Anda boleh menggunakan kertas bersaiz K dengan mengubah tetapan mesin. Untuk maklumat lebih lanjut, hubungi wakil penjual atau wakil servis anda.

Melihat Maklumat Sambungan Rangkaian Komputer

Semasa Menggunakan Windows

1
Klik kanan [] (Start) dan klik [Sambungan Rangkaian].
Skrin [Status] dipaparkan.
2
Lihat maklumat sambungan rangkaian.
Melihat SSID LAN Wayarles
Lihat SSID dalam [Status rangkaian].
Melihat Alamat IP dan Pelayan DNS
1
Klik [Sifat] untuk rangkaian yang disambungkan.
2
Dalam [Sifat], lihat alamat IP dan pelayan DNS.

Semasa Menggunakan macOS

1
Klik [] [System Preferences] [Rangkaian].
Skrin [Rangkaian] dipaparkan.
2
Lihat alamat IP, pelayan DNS dan maklumat lain.
Untuk LAN Berwayar
Untuk LAN Wayarles
Lihat SSID dalam [Nama Rangkaian].
Lihat alamat IP dalam [Status].
Klik [Lanjutan] dan lihat pelayan DNS pada tab [DNS].

Kelajuan mencetak adalah perlahan.

Adakah kelajuan mencetak menjadi lebih perlahan apabila mencetak pada kertas saiz A4 atau A5 dalam jumlah yang besar?

Masalah ini boleh diselesaikan dengan menetapkan <Tingkatkan Prod. bg Lebar Krts Tertentu> kepada <Aktif>.
<Tingkatkan Prod. bg Lebar Krts Tertentu>

Adakah kelajuan mencetak menjadi lebih perlahan apabila mengulangi tugasan yang menggabungkan kertas lebar dan kertas sempit?

Masalah ini boleh diselesaikan dengan menetapkan <MningkatknHslApblSaizKrtsBrbezaDigunakan> kepada <Mod 1>. Jika masalah berterusan, tetapkan kepada<Mod 2>.
<MningkatknHslApblSaizKrtsBrbezaDigunakan>
AL8Y-0A1