Langkah-langkah untuk Mencegah Capaian Tanpa Kebenaran

Pastikan anda membaca bahagian ini sebelum menggunakan mesin dalam persekitaran rangkaian.
Mesin pencetak dan multifungsi dapat membekalkan pelbagai fungsi berguna apabila bersambung kepada rangkaian. Namun begitu, oleh sebab ini juga mewujudkan risiko capaian tanpa kebenaran dan pasang telinga melalui rangkaian, langkah-langkah mengatasi risiko keselamatan adalah amat penting.
Bahagian ini memberikan contoh langkah-langkah mengatasi capaian tanpa kebenaran yang dapat anda laksanakan semasa persediaan apabila menggunakan mesin dalam persekitaran rangkaian.
Terdapat langkah-langkah tambahan bagi mengatasi risiko keselamatan yang dapat anda laksanakan pada mesin, seperti mengehadkan komunikasi dengan tembok api dan menggunakan komunikasi disulitkan TLS untuk mencegah pasang telinga dan gangguan. Ambil langkah keselamatan mengikut persekitaran penggunaan anda Keselamatan

Menggunakan Alamat IP Persendirian

Terdapat dua jenis alamat IP: alamat IP sejagat yang digunakan untuk menyambung ke Internet, dan alamat IP persendirian yang digunakan dalam rangkaian kawasan setempat seperti LAN syarikat.
Jika alamat IP sejagat ditugaskan untuk mesin, mesin dapat dicapai oleh pengguna di Internet. Maka, risiko kebocoran maklumat akibat capaian tanpa kebenaran dari rangkaian luar meningkat.
Sebaliknya, jika alamat IP persendirian ditugaskan untuk mesin, capaian kepada mesin dihadkan hanya kepada pengguna rangkaian kawasan setempat anda. Oleh itu, ia mengurangkan risiko capaian tanpa kebenaran jika dibandingkan dengan alamat IP sejagat.
Secara asasnya, tugaskan alamat IP persendirian untuk mesin.
Alamat IP persendirian digunakan dalam salah satu julat yang berikut.
Julat untuk Alamat IP Persendirian
Dari 10.0.0.0 hingga 10.255.255.255
Dari 172.16.0.0 hingga 172.31.255.255
Dari 192.168.0.0 hingga 192.168.255.255
Untuk butiran mengenai cara menugaskan dan mengesahkan alamat IP, lihat yang berikut:
Menetapkan Alamat IPv4
Menetapkan Alamat IPv6
 
Jika anda ingin menugaskan alamat IP sejagat kepada mesin, anda boleh mewujudkan persekitaran untuk mencegah capaian dari luar bagi mengurangkan risiko capaian tanpa kebenaran, seperti menggunakan tembok api. Hubungi pentadbir rangkaian anda mengenai cara untuk melaksanakan keselamatan rangkaian.

Menggunakan Kata Laluan atau PIN untuk Melindungi Maklumat

Dengan menetapkan kata laluan atau PIN untuk melindungi maklumat yang disimpan dalam mesin, anda boleh mengurangkan risiko kebocoran maklumat atau penggunaan tanpa kebenaran jika pihak ketiga yang berniat jahat cuba untuk memperoleh capaian tanpa kebenaran.
Anda boleh menetapkan kata laluan atau PIN untuk fungsi yang ditunjukkan di bawah. Hanya pengguna yang mengetahui kata laluan atau PIN boleh menggunakan fungsi ini dan mencapai maklumat dalam mesin.
UI Jauh
Anda boleh mewajibkan pengguna untuk memasukkan kata laluan UI Jarak Jauh apabila menggunakan UI Jarak Jauh.
Menetapkan Kata Laluan untuk Digunakan bagi UI Jarak Jauh
ID Pengurus Sistem
Anda boleh mewajibkan pengguna untuk memasukkan ID Pengurus Sistem dan PIN Pengurus Sistem, apabila menukar mana-mana tetapan penting.
Menetapkan ID Jabatan dan PIN untuk Pentadbir
Buku Alamat
Anda boleh mewajibkan pengguna untuk memasukkan PIN Buku Alamat apabila menambah entri baharu dan mengedit entri sedia ada.
Mengehadkan Pendaftaran dan Pengeditan Buku Alamat dengan Menetapkan PIN

Langkah Berjaga-jaga Apabila Menggunakan UI Jauh

Jangan mencapai laman web lain apabila menggunakan UI Jauh.
Selepas menggunakan UI Jarak Jauh, pastikan anda melog keluar dan menutup pelayar anda.
AL42-003