Menyambungkan ke LAN Wayarles dengan Mencari Penghala (Kaedah Persediaan Titik Akses)

Cari penghala LAN wayarles (titik capaian) yang hendak disambungkan dan masukkan kekunci rangkaian.
Apabila anda sambungkan dengan menggunakan kaedah persediaan titik capaian, kaedah penyulitan untuk WPA/WPA2/WPA3 ditetapkan kepada AES-CCMP.
Apabila anda ingin menggunakan kaedah penyulitan yang berbeza, sambungkan dengan kaedah persediaan manual. Menyambungkan ke LAN Wayarles dengan Menetapkan Butiran (Kaedah Persediaan Manual)
Kelayakan pentadbir diperlukan untuk menyambung ke LAN wayarles.

Model Panel Sentuhan

Persediaan Yang Diperlukan
Sediakan maklumat penghala LAN wayarles (kekunci SSID atau rangkaian) yang anda ingin sambungkan, dan letakkannya berdekatan dengan anda. Maklumat Penghala LAN Wayarles Diperlukan untuk Sambungan
Apabila menyambung ke penghala LAN wayarles yang menyokong WPA-EAP atau WPA2-EAP untuk standard keselamatan, tetapkan IEEE 802.1X. Menggunakan IEEE 802.1X
1
Di panel kawalan, tekan [Tetapan Wi-Fi] di skrin [Rumah]. Skrin [Rumah]
Skrin [Pilih Rangkaian] dipaparkan.
Jika skrin log masuk muncul, masukkan ID dan PIN Pentadbir, dan kemudian tekan [Log Masuk]. PIN dan ID Pentadbir
Jika mesej [Adakah anda ingin mendayakan Wi-Fi?] muncul, tekan [Ya].
Jika mesej [Tidak boleh menemui titik capaian.] muncul, periksa sama ada penghala boleh ditemui. Tidak Dapat Menyambung dengan LAN Wayarles
2
Pilih SSID LAN wayarles yang anda mahu sambungkan.
Skrin input Kekunci Rangkaian dipaparkan.
Apabila memilih SSID penghala LAN wayarles yang menyokong WPA-EAP atau WPA2-EAP untuk standard keselamatan, mesej [Untuk menyambung, nilai yang dikonfigurasikan dalam Tetapan IEEE 802.1X akan digunakan.] muncul. Tekan [OK], dan teruskan ke Langkah 4.
Jika anda tidak dapat mencari penghala LAN wayarles yang ingin anda sambungkan, periksa sama ada penghala tersebut boleh dijumpai. Tidak Dapat Menyambung dengan LAN Wayarles
3
Masukkan kekunci rangkaian, dan tekan [Guna].
4
Apabila [Disambungkan.] dipaparkan pada panel kawalan, tekan [Tutup].
Apabila mesin disambungkan ke LAN wayarles, [] muncul pada skrin [Rumah] dan skrin bagi setiap fungsi.
5
Tunggu beberapa minit.
Secara lalai, alamat IP ditetapkan secara automatik.
Untuk menggunakan alamat IP yang khusus, tetapkan ini secara manual.
Menetapkan Alamat IPv4
Menetapkan Alamat IPv6
Jika Mesej Ralat Muncul Semasa Operasi dan Sambungan Tidak Dapat Dilakukan
Tekan [Tutup], periksa maklumat (SSID atau kekunci rangkaian) penghala LAN wayarles yang anda ingin sambungkan, dan ulangi prosedur ini bermula daripada Langkah 2.

Model LCD Hitam dan Putih

Persediaan Yang Diperlukan
Sediakan maklumat penghala LAN wayarles (kekunci SSID atau rangkaian) yang anda ingin sambungkan, dan letakkannya berdekatan dengan anda. Maklumat Penghala LAN Wayarles Diperlukan untuk Sambungan
Apabila menyambung ke penghala LAN wayarles yang menyokong WPA-EAP atau WPA2-EAP untuk standard keselamatan, tetapkan IEEE 802.1X. Menggunakan IEEE 802.1X
1
Pada panel kawalan, pilih [Tetapan Wi-Fi] di skrin [Rumah] dan tekan . Skrin [Rumah]
Skrin [Pilih Rangkaian] dipaparkan.
Jika skrin log masuk muncul, masukkan ID dan PIN Pentadbir dan kemudian tekan . PIN dan ID Pentadbir
Jika mesej [Adakah anda ingin mendayakan Wi-Fi?] muncul, pilih [Ya] dan tekan .
Jika mesej [Tidak boleh mencari titik capaian.] muncul, periksa sama ada penghala boleh ditemui. Tidak Dapat Menyambung dengan LAN Wayarles
2
Pilih SSID LAN wayarles yang ingin anda sambungkan, dan tekan .
Skrin input Kekunci Rangkaian dipaparkan.
Apabila memilih SSID penghala LAN wayarles yang menyokong WPA-EAP atau WPA2-EAP untuk standard keselamatan, mesej [Nilai tetapan IEEE 802.1X dgunakn utk sambung.] muncul. Tekan , dan teruskan ke Langkah 4.
Jika anda tidak dapat mencari penghala LAN wayarles yang ingin anda sambungkan, periksa sama ada penghala tersebut boleh dijumpai. Tidak Dapat Menyambung dengan LAN Wayarles
3
Masukkan kekunci rangkaian, dan tekan [<Guna>]  .
4
Tekan [Ya]  .
5
Apabila [Disambungkan.] dipaparkan pada panel kawalan, tekan .
Apabila mesin disambungkan ke LAN wayarles, [] muncul pada skrin [Rumah].
6
Tunggu beberapa minit.
Secara lalai, alamat IP ditetapkan secara automatik.
Untuk menggunakan alamat IP yang khusus, tetapkan ini secara manual.
Menetapkan Alamat IPv4
Menetapkan Alamat IPv6
Jika Mesej Ralat Muncul Semasa Operasi dan Sambungan Tidak Dapat Dilakukan
Tekan , periksa maklumat (SSID atau kekunci rangkaian) penghala LAN wayarles yang anda ingin sambungkan, dan ulangi prosedur ini bermula daripada Langkah 2.
C94U-01C