
![]() |
Sebelum mengaktifkan tetapan TPM, pentadbir mesti mengesahkan bahawa kata laluan Administrator telah diubah daripada tetapan lalainya. Jika kata laluan tidak diubah daripada tetapan lalainya, pihak ketiga selain pentadbir boleh membuat sandaran, yang mungkin mengakibatkan kunci sandaran TPM diambil. Memandangkan kunci TPM hanya boleh disandarkan sekali, ini akan menyebabkan kunci TPM tidak dapat dipulihkan. Sandarkan kunci TPM dengan segera ke memori USB selepas tetapan TPM diaktifkan. Atas sebab keselamatan, anda hanya boleh membuat sandaran kunci TPM sekali sahaja. Urus kata laluan yang ditetapkan semasa sandaran supaya ia tidak dilupakan. Keselamatan yang disediakan oleh TPM tidak menjamin perlindungan data dan perkakasan sepenuhnya. Harap maklum yang Canon tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kegagalan atau kerosakan yang terhasil daripada penggunaan mod ini. Anda tidak boleh mengakses mesin semasa membuat sandaran atau memulihkan data dalam memori USB. Jangan tanggalkan memori USB semasa membuat sandaran atau memulihkan data. Berbuat demikian boleh menyebabkan kerosakan pada memori USB, port USB atau data di dalam memori USB. Selain itu, jika memori USB dikeluarkan semasa memulihkan, mesin mungkin rosak. Untuk menggunakan memori USB, pilih <Tetapkan> <Keutamaan> <Antara Muka Luaran> <Tetapan USB> tetapkan <Gna Pemacu MEAP utk Peranti Simpnn USB> kepada <Tak Aktif>. |
<Pengurusan Data>
<Tetapan TPM>.![]() |
Jika tetapan TPM diaktifkan, ia mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk menghidupkan mesin. |
<Pengurusan Data>
<Tetapan TPM>.
pilih <<Gunakan>>.
pilih <<Gunakan>>.
.![]() |
Sebelum membuat sandaran, pastikan penulisan dibenarkan untuk media memori yang disambungkan ke mesin. Anda tidak boleh membuat sandaran kunci TPM untuk kes berikut: Kata laluan tidak betul Memori USB tidak disambungkan Berbilang peranti storan USB disambungkan Ruang kosong tidak mencukupi dalam memori USB yang disambungkan Kunci TPM tidak wujud pada mesin Gunakan memori USB yang memenuhi syarat-syarat berikut: Tidak ditetapkan kepada baca sahaja Tidak dibahagikan Kapasiti kurang daripada 60 GB Tidak disulitkan Untuk membuat sandaran kunci TPM, anda disyorkan menggunakan memori USB dengan ruang kosong sebanyak 10 MB atau lebih. Jangan sambungkan sebarang media memori yang lain. Data pada mesin disandarkan pada memori USB selepas ia disulitkan. Anda tidak boleh mengurus atau menyemak imbas data yang disandarkan pada komputer. Untuk maklumat lanjut tentang memori USB yang boleh digunakan dengan mesin dan cara menggunakan, lihat Menyambungkan Peranti Memori USB. |
<Pengurusan Data>
<Tetapan TPM>.
pilih <<Gunakan>>.
tekan
.
![]() |
Pemulihan kunci TPM akan memulihkan akses kepada peranti storan/SRAM yang menjadi tidak dapat diakses akibat kegagalan cip TPM dan tidak memulihkan kandungan memori itu sendiri. Jika permulaan dilakukan mengikut langkah-langkah untuk "Mengasalkan Tetapan", semua data yang disulitkan oleh kunci TPM akan dipadamkan sepenuhnya dan tetapan TPM menjadi tidak aktif. Anda tidak boleh memulihkan kunci TPM untuk kes berikut: Memori USB tidak disambungkan Berbilang peranti storan USB disambungkan Kunci TPM tidak wujud pada memori USB Kunci TPM pada memori USB tidak betul Kata laluan yang ditetapkan semasa sandaran tidak dimasukkan |